9 Nov 2018

Review Filem : The Nutcracker and the Four Realms

 Assalamualaikum readers


Review Filem : The Nutcracker and the Four Realms | Filem fantasi berunsur krismas ini memang cantik teknologinya. Sesuai untuk kanak-kanak. Comel watak pelakon utama. Lama betul tak tengok lakonan Keira selepas filem-filem Pirates of the Caribbean



SINOPSIS : 


Pada malam Krismas di London. Benjamin Stahlbaum memberikan hadiah pada anak-anaknya, Louise, Clara dan Fritz. Hadiah peninggalan dari Marie, isterinya sebelum meninggal dunia. Clara menerima kotak berbentuk telur yang tidak dapat dibuka bersama nota "Everything you need is inside".


Keluarga itu kemudiannya ke pesta malam krismas, yang dihoskan oleh bapa baptis kanak-kanak dan jurutera bernama Drosselmeyer. Clara bertanya cara membuka kotaknya. Drosselmeyer mendedahkan bahawa dia yang membuat kotak telur untuk ibu Clara ketika dia masih muda.



Benjamin marah kepada Clara kerana enggan menari dengannya, dan mereka menghina satu sama lain. Kemudian Clara menjumpai tali berserta namanya, menandakan hadiahnya, dan ikut ke dalam hutan di dunia lain di mana dia melihat kunci kotak telur pemberian ibunya. 



Sebelum dia dapat mengambil kunci, seekor tikus menyambar dan menyeberangi sungai beku. Kapten Philip Hoffman, the Nutcracker, membawa Clara menyeberangi jambatan ke alam keempat, selamat dari raja tikus dan Mother Ginger. Dibawa ke istana di mana dia bertemu raja setiap negeri - Sugar Plum Fairy of the Land of Sweets; Shiver of the Land of Snowflakes dan Hawthorne of the Land of Flowers. Mereka dalam perangan dengan Land of Amusements iaitu "alam keempat. 




Mereka mendedahkan bahawa Marie, ibu Clara adalah Ratu kesayangan di tanah ajaib dan Clara ialah puteri. Sugar Plum Fairy menerangkan bahawa Marie mencipta dunia fantasi sebagai seorang gadis muda dan menciptakan mesin yang boleh mengubah mainan menjadi orang sebenar. Mesin itu boleh di gunakan untuk mempertahankan tiga alam menentang Mother Ginger, tetapi ia perlukan kunci yang sepadan dengan kotak telur Clara.


Clara dan Philip menyelinap ke alam keempat dan mencuri kembali kunci dari Mother Ginger (mengabaikan amaran bahawa Sugar Plum berbohong kepada mereka). Clara kecewa apabila mendapati kotak telur itu hanyalah kotak muzik. 



Sugar Plum menggunakan mesin untuk menghidupkan tentera mainan dan menyerang alam keempat. Rancangan untuk ambil alih keempat-empat alam sebagai membalas dendam di atas pengabaian Marie. Clara dan Philip dipenjarakan. Bagaimana Clara dan Philips menumpaskan Sugar Plum dengan bantuan raja tikus dan Mother Ginger? Kena bawa anak-anak tengok.


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com