8 Nov 2018

Review Filem Hunter Killer

Assalamualaikum Readers
 
  
Movie Screening Hunter Killer | Dengar tajuk dah boleh agak filem yang thrill dan penuh dengan aksi. Kali ni ada rezeki dapat tiket free untuk preview Hunter Killer di GSC Sunway Carnival pada 24 Oktober lepas. Malam itu, banyak juga blogger Penang yang datang tengok. So far, agak kurang tengok movie berunsurkan perang tapi kalau tengok di tv layan pulak. Haha.. Hunter Killer ni adalah filem thriller Amerika 2018 yang diadaptasi daripada novel Firing Point 2012 oleh Don Keith dan George Wallace. Filem yang dibintangi oleh Gerard Butler, Gary Oldman, Toby Stephens (dia ni pernah berlakon filem Bollywood - Mangal Pandey : The Rising) dan banyak lagi.


Hunter Killer


Preview movie di GSC Sunway Carnival
 
Rejeki



Kebiasaannya, bertempur di udara dan di darat, bagi Hunter Killer ia di lautan dan dari situ dapatnya tajuk filem ni sempena nama kapal selam. Dengan teknologi kapal selam dari 2 negara yang memang terkenal dengan teknologinya, iaitu Amerika dan Rusia. Berdebar tengok perang dalam laut. Pheww lap peluh. Selain debaran perang di laut, di darat pun ada. 4 orang wira ditugaskan dalam misi menyelamatkan Presiden Rusia, Zakarin yang dijadikan tebusan oleh Ketua Kementerian Pertahanan Rusia yang gilakan kuasa. Scary ada menteri gila macam tu. Boleh perang dunia. Bermacam dugaan nak selamatkan PM Rusia. Kesemua tentera dihantar oleh Komando Bill Beaman dari Tentera Laut SEAL. Dalam movie ni tak ada hero yang mati, ada sorang heroin ya, dalam semua anak-anak kapal US cuma sorang saja.



Kapal selam AS ditembak torpedo

Kapten Joe Glass
 

Filem ini tentang Kapten Joe Glass bersama anak-anak kapalnya yang membawa kapal selam Hunter Killer untuk menjejaki kapal selam Amerika bernama Tampa Bay yang hilang dari radar di perairan Rusia. Laksamana John Fisk bertanggungjawab sebagai kapten kapal untuk mengemudi Hunter Killer dalam misi mencari Tampa Bay.


Dalam misi pencari itu, Kapten Joe Glass mendapati kapal selam Tampa Bay yang hilang dari radar sebenarnya telah diserang oleh torpedo pihak Rusia. Dia juga menjumpai kapal selam lain kepunyaan Rusia bernama Konek (aipp jangan fikir lain. hahah) yang tenggelam serta rosak. Hasil siasatan mendapati kapal selam Konek disabotaj oleh 'orang dalam' . Kapten Joe Glass mengarahkan anak kapalnya menyelamatkan anak kapal yang masih hidup iaitu Kapten Sergei Andropov dan 2 orangnya.




Laksamana John Fisk
 
Hunter Killer ditembak oleh kapal selam Rusia. Nyaris-nyaris nak kena



Apa akan jadi seterusnya bila anak-anak kapal Rusia masuk ke dalam kapal selam Hunter Killer? Apa tindakan Kapten Joe Glass terhadap Kapten kapal selam Rusia? Berjayakah 4 wira Tentera Laut SEAL menyelamatkan Presiden Zakarin? Wah macam-macam yang korang akan fikir lepas baca entri ni. Hehe.. Suspens kan? Kalau nak tahu apa jadi, WAJIB tengok ya buat peminat cerita perang.


🌟🌟🌟🌟
 

1 comment:

  1. Ohsem filem ini walaupun Sha tak minat filem perang.. Dia punya suspen tu macam kita pun ada dalam kapal selam tu..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com