10 Feb 2023

Taipei, Taiwan 2018 : Chiang Kai-Shek Memorial Hall

Assalamualaikum readers


Taipei, Taiwan 2018 : Chiang Kai-Shek Memorial Hall | Bersambung semula dalam entri peram. Nina dan Anies tiba di TMS pukul 1.00 PM dan kami ada masa kira-kira 2 jam di Taipei, eloklah kami habiskan hasrat masa yang ada dengan 'menyinggah' ke tempat-tempat famous berdekatan. Tempatnya senang dituju, naik MRT dah sampai.




Laluan ke stesen MRT. Ikut signage. In shaa Allah tak sesat punyalah! 

Entrance / exit CKSMH MRT Station



Salah satunya Chiang Kai-Shek Memorial Hall (CKSMH). Salah satu tourist attraction wajib singgah bila sampai Taipei. Nak ke CKSMH ni sangat mudah. Naik MRT dan turun di CKSMH Station. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dan figura orang yang bernama Chiang Kai-Shek tu sendiri memang dah tersohor.



Nampak papan tanda ni bermakna dah sampai!

Pintu gerbang CKSMH. Nampak dari jauh macam kecik kan? tapi bila dah berdiri dekat-dekat. Tinggi uuollsss!!

Posing kaki lemahhh! Box oren tu wajib bawa ke mana-mana! Haha.. Kalau lapar benti duduk dan ngap.




Kawasan CKSMH ni sangat luas. Lebih kurang macam stadium. Di kelilingi 3 binaan unik dan penuh ciri-ciri Oriental serta pintu gerbang. Kami tak terjah pun setiap binaan. Penat nak berjalan dari satu bangunan ke bangunan lain. Cuma kami berdiri di tengah-tengah dataran dan ambil gambar.



National Theater. Nampak macam sama dengan National Concert Hall kan tapi sebenarnya tak serupa pun

Taman bunga berdekatan pintu gerbang. Nampak macam lavender tapi bukan

Seksa nak ambil gambar dengan bunga lavender ni. Kena mengensot atas rumput tu sebab papan tanda tulis dilarang pijak tapi mengensot boleh. Nasib tak ada taik anjing. Hahaha...

National Concert Hall

CKS Memorial Hall. Wajib ambil gambar ni sebab kat tempat lain tak ada. Kami tak masuk pun dalam bangunan tu sebab jauh nak berjalan dan kejar masa. Dataran CKSMH ni sangat luas. Syukur cuaca tak panas. Senang nak posing macam-macam gaya hari tu. Haha...



Setengah jam kat sini, puas hati dengan selfie pose maut masing-masing, kami pun beredar ke tempat lain. Ada 1 lagi tempat kami nak tuju sebelum kami tinggalkan Taipei. 



Peta laluan MRT

Tunggu MRT nak ke manaaa??

Ini la rupa jamban di Taipei. Bersih, tiada bau dan tiada sampah tisu toilet



Salah satu nak survive di Taipei ni kena ingat peta MRT. Takut nanti tersalah stesen. Naya Pak Karim! Haha.. Paling salute mana-mana stesen konpem toilet bersih uollsss.. Setakat ini saja perkongsian di CKSMH. Jumpa lagi di next entri. Banyak episod suka dan duka travel kali ini.


9 comments:

  1. wah btul2 throwback ni hehehe... ok bole buat rujukan klu nak ke taiwan :)

    ReplyDelete
  2. ms ni bekas oren tu dah kosong ke belom?😁😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Kenangan indah travel 2018! Masih terpahat kukuh dalam memeri

    ReplyDelete
  4. hehe...posing kaki lemah....zmn anak dara...

    ReplyDelete
  5. syukur sgt smpi sini x ramai or org org tgh berdemo ke... rezeki kite...

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Kaki kena kuat ini kalau nak jalan ke semua bangunan yang ada.. luas betul kawasan dia..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com