26 Feb 2020

McDonald's Cheesecake Dan Spicy Nuggets Sedap!

Assalamualaikum Readers
 
 
McDonald's Cheesecake Dan Spicy Nuggets Sedap | Spicy Nuggets Baharu Dari McDonald's | Betul lah kata readers blog ni, Nina dah boleh jadi duta tak laku McD. Haha.. Nampaknya plan nak kuruskan perut ke laut. Setiap bulan ada saja menu-menu baru. Mana boleh tahan, kalau tak tengok tv pun asal depan McD nampak banner iklan besar gedabak. Sebenarnya tak plan pun nak makan tapi hari ahad lepas, hari besar-besaran kemas rumah, buang segala jenis barang yang dah tak berguna lagi. Jadi mem blog ni over tired lah, berkali-kali naik turun tangga buang sampah.

 
McDonald's Spicy Nuggets Combo RM 14.71 Dan Classic Cheese Cake RM 9.99
 
Edisi terhad lagi. Kalau kempunan macam mana
 
 
 
Bila dah letih, nak tidoq pun tak boleh. Bila tunang call, merengek saja kerjanya. Nasib baik sabaq dengan perangai tantrum Nina, so dia ajak keluaq. Nak pi mana, hang nak pi mana, jom pi McD. Orang kata perempuan ni dapat makan kek pun dah bahagia, letih boleh jadi happy kalau dapat makan. So, inilah dua benda yang tunang belanja. Macam orang mengantok disorongkan bantal ler.



Mcdonald's Spicy Nuggets sedap dicicah bersama sos sweet and sour dan barbecue!

Nak lagiiii!

Sweet la konon. Sejenis suka simpan gambaq tak ready



Spicy Nuggets ni hanyalah edisi terhad. Beli set combo 9 ketul nuggets, fries, Coke dan percuma sos BBQ dan Sweet & Sour berharga RM 15.60. Boleh refill air coke dengan bayaran 5 kupang (RM 0.50). Rasanya lembut dan pedas. Sedap dimakan begitu sahaja. 9 ketul sekejap habis. Tetap tak puas makan. First time Nina makan cheesecake McD, lembut dan gebu. Sedap bila masuk dimulut. Kalau belum cuba, cepat ke McD sebelum kehabisan stok. Tak pasti promosi sehingga bila.     

 

10 comments:

  1. wah..mcD dah ada cheesecake.
    akak peminat cheesecake, harus tergoda dgn post Nina ni. :D

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. nampak gaya kena pi cuba jugak lah time rehat panjang hari jumaat ni. hehe

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu. tak pernah try lagi, spicy nugget tu pedas macam ayam tu tak? ke just nice je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap nugget tu, tak terlampau pedas mcm ayam.

      Delete
  4. that's wonderful packet only 16 RM ohsome

    ReplyDelete
  5. fluffy nye cheese cake.. bar td cm terfikir nak cari..heheh

    ReplyDelete
  6. La baharu tahu McD ada cheese cake la pulok. Since bila tu?

    ReplyDelete
  7. Baguslah Nina bagi tahu apa menu baru sebab saya bukan selalu lalu McD.

    ReplyDelete
  8. perempuan dengan makanan memang gabungan yang meletup dan membahagiakan.. sini tak ada mcd.. mai pos kat sini mai.. hahahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com