24 Apr 2022

Resepi Meatball Bersama Sos Cheesy Brown

Assalamualaikum Readers


Resepi Meatball Bersama Sos Cheesy Brown | Bulan puasa ni awal-awal puasa berselera makan nak dekat hujung-hujung macam seminggu lagi nak puasa tu mood dah ke raya, makan pun tak berselera, nak masak pun dah kering idea.




Tup tup MIL kata masak meatball, baru teringat Nina beli sebelum puasa tak sentuh pun maka jadi lah resepi ni. Kawan shared, mana tau ada yang nak cuba. Cara masak pun mudah. 




Bahan-bahan :


1 ulas bawang besar merah

3 keping cheese

Meatball (ikut suka)

3 tangkai daun sup

Gula & garam secukupnya

3 sudu stok ayam (guna kiub pun boleh)

3 sudu tepung gandum

3 sudu mentega

1 sudu sos tiram

1 sudu serbuk lada hitam

Mozarella cheese (optional)






Cara-caranya :


1. Tumis bawang bersama butter. Selepas garing masukkan tepung gandum dan kacau.


2. Masukkan chicken stok dan kacau hingga tepung gandum tak berketul.


3. Masukkan sos tiram dan lada hitam, garam, gula.


4. Akhir sekali masuk meatball dan biarkan sebati, tabur cheese dan daun sup. Dah siap!


*masak bulan puasa ni, bab sedap tu tolak tepi sebab tak boleh rasa 😅🤣

9 comments:

  1. dap dap...selalu guna yg prego tu jer ... he he..fav Ian & Iris ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya..cicah roti..perghh..

    ReplyDelete
  3. Wah boleh cuba buat jugak nanti, hujung-hujung puasa nie memang nak resepi yang ringkas dan cepat disediakan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. time berbuka tu, semua pun sedap sebab tengah lapar

    ReplyDelete
  5. Sesekali menu western best jugak kan. Itulah tu, mood dah ke raya sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. sesekali tekak jamah menu western ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com