27 Feb 2023

Resepi Fruit Cocktail Mudah

Assalamualaikum readers


Resepi Fruit Cocktail Mudah | Dah lama teringin nak buat sendiri. Lagi puas hati dari beli tapi Nina pernah jumpa yang best dan banyak buah di restoran ikan bakar, Kepala Batas yang dijual dalam 1 mangkuk, RM 15 😋 Alang-alang MIL buat makan-makan sempena cousin hubby kahwin, terus idea nak buat fruit cocktail menjelma.


Resepi Fruit Cocktail Mudah


Fruit Cocktail ni mudah nak buat, antara malas dan rajin saja. Lagi banyak buah lagi best! Nasib lah cousin-cousin hubby ringan tulang nak membantu potong buah dan mixedkan semua bahan. Letak bahan dan ubahsuai kemanisan ikut citarasa sendiri. 




Bahan-bahan :


1 biji buah naga

1 biji epal hijau

2 biji kiwi (optional)

2 biji mangga

Anggur (tanpa biji)

1 tin fruit cocktail / laici

3 cawan susu full cream

2 cawan susu cair

6 sudu susu pekat

Ais


Cara-caranya :


1. Potong dadu buah naga, epal hijau, mangga serta belah dua buah anggur.


2. Satukan dalam mangkuk berasingan.


3. Tuangkan 1 tin fruit cocktail, susu cair, susu full cream dan susu pekat. kacau sehingga sebati.



Sukatan untuk susu full cream


4. Rasa tahap kemanisan sebelum di masukkan kesemua buah. Nina tak gemar kacau terlalu lama, takut buah naga hancur.


Buah naga yang paling wajib dalam menu fruit cocktail. Terus warna air tukar ke pink


5. Akhir sekali masukkan ais. Siap untuk dinikmati. 


p/s : Jika suka makan sagu atau biji selasih, boleh letak. Ikut selera masing-masing.


10 comments:

  1. letak sumi jelly...bertambah best...oo..ni org jual cedok2 tu..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap and puas hati makan klau buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  3. Buat utk buka puasa mesti laku ni 😄

    ReplyDelete
  4. Menaarik warna- warna gabungan buah tu semua...mesti sedap ni kan...

    ReplyDelete
  5. zaman U dulu bla dah last sem buat jamuan dgn bdk2 blk. menu ni antara yg wajib ada sbb x payah masak😂

    ReplyDelete
  6. dapnye..minum sejuk2 kan... letak nata de coco pun dap jugaks

    ReplyDelete
  7. Kalau letak selasih, memang on nie.. Mudah je nak buat.. Yang penting rajin.. hehehe.. Minum sejuk memang best ini..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com