24 Feb 2024

Hantar Parcel Di One Utama

Assalamualaikum readers


Kalau 5 hari tak update blog, automatik pageview jatuh menjunam. Mood habiskan annual leave dalam masa yang sama HR sibuk minta buat payroll sebelum resign pada 5/3/2024. Ok sambung kisah hari ke 4 di KL, hubby dah malas nak courier di rumah-rumah orang, diambilnya semua parcel dalam mall 😂


Oval Damansara - HQ company lama Nina.


Pukul 11.00 pagi baru hubby pickup di hotel selepas ambil parcel. Katanya nak makan nasi kukus tapi sejak sampai di KL tak jumpa orang jual pun. Sengaja Nina ajak pusing TTDI, banyak restoran mamak di KL. Takkan pi KL pun nak makan nasi kandar. Haha.. Pusing sana sini jumpa orang jual di tepi jalan. Alhamdulilah rezeki. 


Nampak tak lori putih tu? Kami makan disitu

Ada pelbagai jenis lauk

Nasi kukus ayam berempah, sedap


Sampai di One Utama Shopping Mall bukan kecik ya, ada bangunan lama dan baru. Sengaja ke sana, nak happykan anak dan hari itu pula birthday hubby. On special day dia tak nak stress, ribut-ribut.


Masuk bangunan lama, terpaksa jalan jauh hantar parcel di kedua-dua bangunan

Nasib jumpa troli di entrance new wing, yang mencabar tu cari office Polis Bantuan. Kami tanya pada 6 pengawal keselamatan Nepal. Lokasi berdekatan tong sampah 1 Utama. Bertabahlah anak.

2 trip RM 20. Berebut stereng, nyaris langgar orang sebab Harraz tak bagi Nina pegang stereng. Sementara hubby cepat-cepat settlekan parcel.


Nanti mula kerja dengan Flash ni, masa bersama dengan anak tu makin kurang. Maafkan mama dengan baba ya. Kami buat semua ini untuk Harraz. Biar anak tau susah payah parents cari duit, keluar kerja pagi, balik malam. Masuk mall ni bukan nak shopping pun tapi lebih kepada memborong Roti Boy (fav Harraz), lepas PKP, outlet di Penang terus tutup. Sambung nanti celebrate birthday kat mana pulak.

22 Feb 2024

Bawa Harraz Naik MRT

Assalamualaikum readers


Bersambung cerita kerja di KL, malam hari ke 3, kami tunaikan hasrat Harraz yang dah lama teringin nak naik train. Walaupun tak ada rezeki nak bawa naik ETS dari Penang ke KL tahun lepas. Setiap kali keluar hantar parcel dia akan tunjuk ke train dengan mulut muncungnya sambil cakap "Baba, Hayaz nak naik train" 😁 Kami pun janji kalau habis delivered semua parcel, malam tu nak bawa dia merasa naik train pi Pavillion Bukit Bintang.


3.11 pm - Hantar parcel dalam 3 Damansara Mall. Lego ni tinggal macam tu saja. Tak ada penjaga.

Tak sure harga parking kat sini tapi penat jugak dukung Harraz dari LG sampai ke MRT. Tak muat kereta nak bawa stroller

Mesin ni tak boleh nak topup tng. Last guna cara lama beli cip


Memang tak lah nak pi BB naik kereta. Kami gerak dari hotel, parking di Surian Tower, kemudian naik MRT Mutiara Damansara. Tak sampai 20 minit dah sampai, masyaAllah plan nak cari makan sekali tapi semua kedai full book. Hubby pun ajak balik Damansara cari makan area sana dan gerak ke Segambut ambil kereta. Risau pulak tinggal lama-lama di tepi bangunan Mayflower (tempat ambil kereta sewa). Di situ banyak kilang.


Tak pernah yang tak crowded dengan orang

Otw balik ke Damansara, mama yang letih dukung, dia yang dahaga

Seronok naik 'train'. Tunggu hubby pickup. Kami tunggu di tangga MRT

10.22 pm - ini kereta sewa tu, baru perasan lampu belakang. Gerak balik ke Damansara dari Segambut. Jauh sangat


Dari Segambut nak balik ke Damansara menguji kesabaran sebab 2 kali Nina sesat, sebab termiss route dengan hubby, ikut waze rupanya dia bawa ke hotel Sun Inns Kelana Jaya 😂 Masuk tol Penchala, baki kad tng tak cukup, nasib ada duit cash boleh topup. Serik dah nak drive dalam KL, tengah malam buta pulak tu. 

21 Feb 2024

Sun Inns Hotel Kota Damansara

Assalamualaikum readers


Sun Inns Hotel Kota Damansara | Benda pertama jangan lah expect company akan bagi penginapan hotel 4 bintang, nama pun datang support hantar parcel. Sampai Damansara cari hub dulu sebab kena punch out di KL tapi tak jumpa, rupa-rupanya salah lokasi.



Bilik malam pertama


Terus waze cari hotel. Penat punya pasal tak snap pun gambar bilik, mandi dan terus tidur sebab esoknya kena bangun awal pagi. Disebabkan bawak anak, hubby booking bilik lain. Hari kedua pun sama, check out dan check in bilik lain sebab bawa family. Bilik yang kedua ni tak ada tingkap, masuk bilik bau hapak tu jangan cakap 😓


Bilik malam kedua - bilik hapak

Bilik malam ketiga


Tak ada hanger

Tandas bersih tapi tak ada sabun



Cons :

1. Iron kebanyakkan tak boleh guna. Boleh on tapi baju still kedut.

2. Semua bilik ada water heater tapi tak function.

3. Ada sesetengah bilik di sediakan sabun mandi dan hanger, ada yang tidak.

4. Pasir, debu dan rambut merata-rata di setiap bilik yang Nina stay. Tak pernah di vacuum/sapu.

5. Ada sesetengah pintu bilik tak berapa okay.

6. Walaupun harga 1 malam anggaran dalam RM 67 ke atas tapi baik lah naik taraf sikit keadaan bilik sebab orang bayar untuk menginap bukan duduk free.


Patutlah dalam Google, review kurang menarik. Rate 1 bintang saja. Rupanya hotel ni ada banyak branch area KL/Selangor. Bilik ketiga memerangkap malam terakhir baru dapat menginap secara percuma. Ada tingkap dan di tepi lift. Ada 3 tingkat semuanya dan semua tingkat dah stay 😆 Paling hangin, iron tingkat 3 saja function sikit, tingkat lain semua merosakkan baju. Siap ada hitam-hitam di tapak iron tu. TV dan kipas berfungsi tapi tak guna pun. 

19 Feb 2024

Ke Kuala Lumpur Demi Kerja

Assalamualaikum readers


Tajuk bukan main tapi hakikatnya Nina baru balik dari KL. Ikutkan kena extend tapi hubby tak nak (penat dengan jalan KL, banyak kali sesat, terlepas simpang dah kena pusing jauh siap kena tol). Bila fikir-fikir balik, plan Allah tu cantik, bulan ini email notis resign 1 bulan, lepas tu habiskan cuti tahunan yang ada baru mula kerja part time sementara nak jadi permanent staff company baru, sebab tak ada background dalam logistik.


14 Feb - 7.11 pm masih stuck dalam jammed

15 Feb - 1.55 pm baru lunch, sedap lauk-lauk di sini

Dari PJ ke Segambut ambil kereta sewa, 2x sesat



Kenapa resigned? Nanti Nina story. Allah bagi rezeki kerja dengan Flash Express, kerja dengan hubby. Why not kan sebab kos pergi dan balik kerja jimat sikit. Nak dijadikan cerita FE tukar sistem, jadi courier branch TTDI mogok tak nak kerja, backlog parcel hingga 4K 😭 HQ pun 'menjemput' courier/supervisor negeri lain untuk support. Diberi hotel dan kereta selama 4 hari. Alang-alang Nina cuti, dapat ikut sekali.


Sorang lagi sorting parcel ikut tempat

Malam kedua jalan-jalan KL. Pukul 10.48 pm masih meriah

1st pergi Pintasan Saloma, disebabkan sebelah kawasan kubur, hubby tak berhenti

Nak selfie kat sini tapi tulah susah dapat parking

Tak pernah masuk dalam ni


Berhuhuhu kami 3 beranak dan sorang courier pi KL petang khamis lepas. Hazab kena hadap jem selama 4 jam dari Sungai Perak. Semua pakat balik dari cuti raya cina. Satu pengalaman baru tak pernah terfikir jadi courier hantar parcel area Damansara. Paling malas layan customer order barang COD (cash on delivery). Time ini lah jumpa manusia yang order barang tapi tak mengaku. Kerja sambil jalan-jalan ni best, siang hantar parcel, malam ronda-ronda KL 😂

11 Feb 2024

Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur

 Assalamualikum readers


Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur | Entri peram tahun baru 2024. Bulan 2 baru teringat nak update. Busy dia lain macam tahun ni. Haa.. Nak dijadikan cerita, last minit bos hubby approved cuti terus pi KL pagi 31 Disember 2023, kami dapat jemputan pun last minit jugak 😂 Ingat nak book tiket train sekali semuanya sold out, tak ada rezeki nak bawa Harraz naik train.


Kalau ikut kata blogger Anies, nama dewan kahwin ni dah tukar dari kampung pengantin ke The Gabion Garden  Hall. Walaupun nama dah tukar tapi dewannya tetap sama, cantik dan mudah dapat parking. Paling Nina suka lauk kateringnya sedap dan selain nasi minyak, ada teh tarik, apom balik, bubur kacang dan kuih muih.


Seronok dapat pau lollipop

Comel!

Mia jadi flower girl

Selamat pengantin baru kak Sally - Sallyma Azeera & Mohd Raimi


Memandangkan ibu pengantin perempuan, memerangkap ibu kepada kawan baik Nina dan hubby masa study dulu memang kena tunggu sampai majlis tamat. Tak dibenarkan balik awal. Huhu.. Terpaksalah Harraz tidoq dalam kereta. Waktu petang adalah sesi caj bateri ya. Ada sesi karaoke juga. Sesiapa yang teringin nak menanyi tu dipersilakan. Meh layan gambar-gambar yang sempat Nina snap, dengan melayan kerenah anak cuma menu makanan tak sempat ambil.


Signage Kampung Pengantin masih ada

Goodies yang dibawa balik



Yang berminat nak mengadakan majlis perkahwinan di sini boleh datang survey ya. Lokasi pun strategik. Mudah kami cari dewan ni berpandukan waze. Tak sesat pun. Ini jelah kisah penutup tahun 2023. 

9 Feb 2024

Makanan Pakistan Di Hassan Briyani House

Assalamualaikum readers


Makanan Pakistan Di Hassan Briyani House, George Town | Lama tak update entri makan-makan sebab malas nak taip. Hehe.. slowly ok panggil mood rajin tu datang. Salah satu restoran di Penang yang menyajikan makanan-makanan dari Pakistan. Ini pun hubby yang try makan dulu, kalau menepati citarasa dia akan bawa Nina makan. Sebenarnya best jugak try makan walaupun memang Pakistan dalam list 'murah' untuk pi bercuti main salji.


Mutton Kerahi - daging kambing lembut dan juicy


Kebab daging


Restoran ini dah kali ke 4, kami masuk untuk menjamu selera. Kadang akan jumpa orang Pakistan makan di sini sambil cakap bahasa Urdu. Bukan bahasa Hindi ya. Tapi pelayan boleh cakap bahasa melayu. Jangan risau, kalau tak pasti bab menu tu boleh tanya. Kalau mai makan tengahari mesti order nasi briyani makan dengan kebab atau kerahi.



Alang-alang nak pi Pakistan lambertt lagi, mampu makan di restoran sajalah. Makanan-makanan di sini boleh diterima tekak asalkan suka mencuba menu-menu baru. Selalunya, memang lepas keluar dari restoran tu dengan perut memboyot sebab portion banyak. Kalau singgah ke Penang, jangan lupa masukkan dalam list ok, kami orang Penang pun cemuih (bosan) makan nasi kandaq.


Hassan Briyani House


Alamat : 196, Jalan Transfer 10050 George Town.

Buka : 9.00 pagi - 11.00 malam

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com