Assalamualaikum readers
Majlis Perpisahan Untuk Suami | Entri peram dari 20 Februari. Dalam banyak-banyak company yang hubby pernah kerja seumur hidup ini selain Perodua adalah Flash Express, yang meraikan farewell dia. Boss dan teman-teman sekerja sepakat nak celebrate walaupun cuma transfer ke branch lain. Jauh la jugak ulang alik dari Jelutong-Bayan Lepas 😂 Jadi wife ini hanya perlu berdoa, Allah permudahkan urusan hubby mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Memerangkap kek birthday. Tak pasti kenapa kek ni lembik walaupun dah simpan dalam peti ais. Oreo cheese pulak tu - RM 108 |
Aksi spontan tanpa diketahui |
Betul rezeki tak salah alamat, mula-mula tu ada bincang kenapa dia nak stay dalam company FE dalam masa yang sama nak Nina join sekali sedangkan hari-hari stress, balik kerja malam, cuti tak tentu rupanya ada hikmah, bila dah masuk jadi 1 team ni baru lah terjawab segala persoalan. Walaupun penat tapi bila balik rumah dah tak perlu fikir pasal kerja, tak ada staff lain ganggu selepas waktu kerja macam kerja sebelum Nina resign.
Bike courier & car courier |
Boss dan hubby bermula dari courier, naik pangkat slow-slow. Orang kata bermula dari bawah |
TML branch (Timur Laut). Ada yang tak hadir, kalau campur dengan part time lagi ramai |
Disebabkan boss suka sangat steamboat, maka kejadian makan-makan pun di Penang Chinese Muslim Steamboat & Grill Jelutong, berdekatan dengan office. Malam tu bawa bini masing-masing, boleh kenal-kenal tambah silaturahim. Makanan pun sedap, tak kira berapa kali kami tambah makanan 😅 Yang sukakan steamboat boleh datang makan kat sini. Masukkan dalam list jalan-jalan cari makan.
|
|
V
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.