27 May 2025

Review Filem Almarhum (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem Almarhum (2025) | Movie seram dan Nina berpisah tiada 😅 kadang kucing lompat pun dah terkejut. Kucing pun pandai buat jumpscare. Haha.. Dalam kebanyakan filem Indonesia banyak menceritakan malam Jumaat Kliwon tapi tidak bagi filem ini.




Menjadi kepercayaan kepada masyarakat Jawa di mana orang yang meninggal pada hari Selasa Kliwon dianggap sial. Roh akan kembali menghantui ahli keluarganya supaya dapat bersama ke alam barzakh.


Sinopsis :


Mengisahkan Pak Mulwanto (Rukman Rosadi) merupakan pemilik tanah ladang di kampungnya. Walaupun hidup selesa dan anak-anak berjaya namun Pak Mulwanto seorang yang rendah diri dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja. Suatu hari dia meninggal akibat terkena renjatan elektrik di kamar mandi.




Terkesan dengan kematian suaminya, Bu Rahmi (Nova Eliza) menjadi kemurungan dan aneh. Anak bongsu nya, Yanda (Alzi Markers) percaya dengan saranan Pak Budi (Gito Gilas) supaya melakukan ritual agar mereka semua tidak ikut meninggal. Walaupun perbuatan itu tidak dipersetujui oleh abangnya, Wisesa (Dimas Aditya), namun dia tidak menghalang adat setempat.



Sebelum ajal menjemput, sama seperti Pak Mulwanto, Bu Rahmi juga rasa sejuk hingga menggigil walaupun pada siang hari. Malam pula diganggu roh Pak Mulwanto yang mengajak dia ke alam barzakh. Melihat kelakuan ibunya, Yanda semakin yakin dengan cadangan Pak Budi, lalu memujuk kakaknya, Nuri (Safira Ratu Sofya) ke rumah mbah Sukma (Ruth Marini).




Kalau lemah semangat jangan tonton filem ini kerana jumpscare yang banyak, cara kematian pun ngeri, ada kemunculan pocong. Jalan cerita filem Almarhum mudah difahami cuma watak antagonis dua beranak yang menyakitkan hati. Bila tidak dapat apa yang dihajati, menganiaya orang pula.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com