Assalammualaikum readers
Review Filem Sorop (2024) | Filem dalam 10 ranking teratas di Indonesia dan Malaysia. Ternyata kadang filem seram banyak sisi gelap yang berpunca dari keluarga. Kadang keluarga sendiri pun tidak boleh letak 100% kepercayaan.
Filem seram Indonesia ini di inspirasi dari thread seram yang viral, ditulis oleh Twitter, SimpleMan. Ceritanya mula ditulis pada tahun 2019 dan berakhir tanpa penutup pada tahun 2020. Filem ini memberikan penamat pada kisah dua beradik, Hanif dan Isti, yang mana peminat cerita ini sudah lama tunggu nak tahu penamat kisah mereka dua beradik.
Sinopsis :
Mengisahkan Hanif dan Isti diminta pulang ke rumah keluarga mereka kerana pakciknya nazak. Sesampainya mereka di rumah, baru pakcik mereka meninggal. Cara kematian pakcik mereka sama seperti ahli keluarga yang lain, ibu kandung dan makcik. Peliknya, mereka dihantui oleh 'hantu' pakcik mereka.
Tidak tahan diganggu setiap hari, Hanif mula menyiasat apa sebenarnya yang terjadi di rumah itu selepas Hanif dan Isti meninggalkan rumah ketika mereka masih kecil. Mereka terjumpa buku ritual bersama gambar Hanif sekeluarga di bilik pakciknya, seseorang melakukan ritual puasa sorop, iaitu amalan puasa mistik, tidak makan dan tidak minum, hanya makan tanah kubur untuk 'menghapuskan' orang yang mereka benci.
Sejujurnya, pada saya ceritanya tidak seram. Hantu wujud dalam suasana gelap yang kadang berkabus, kadang silau sebab Hanif dan Isti menyuluh lampu untuk 'mencari' hantu. Jalan cerita agak menarik, pelakon cantik, nampak ketakutan pada watak utama bila nampak hantu, menunjukkan pelakon menghayati watak. Cuma tak puas hati pada ending, mungkin pengarah follow based on twitter asal yang cerita tiada jalan ending.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.