Assalammualaikum readers
30 Sept 2025
Hadiah Top Komen Ogos 2025 Di Blog Roziah Muhammad Nor
| Tweet |
24 Sept 2025
Beryl's Almond Coated With Salted Caramel Milk Chocolate
Assalammualaikum readers
Beryl's Almond Coated With Salted Caramel Milk Chocolate | Ternampak ada 2 packaging kotak Beryl's yang memikat di Lotus tapi harga RM 9++ terus batalkan niat. Seminggu lepas tu, sebelum balik rumah, Harraz cakap nak makan roti cheese, kami singgah Family Mart, Caltex E-Gate.
![]() |
| Beryl's Almond Coated With Salted Caramel Milk Chocolate & Biscuit Balls |
Tengah tunggu di kaunter Ternampak rak Beryl's, rambang mata dan anak tekak haha 😄 terus grab Salted Caramel ni, harga RM 8.70, murah dari Lotus. Dia punya level manis tu 99.9%, makan 3 biji terus krem kaki maknanya tekanan gula naik. Haha..
![]() |
| Ada 12 pcs |
![]() |
| Nampak tak dikelilingi bebola biskut |
1st masuk mulut, jangan kunyah, biar coklat cair di mulut baru akan rasa bebola biskut dan salted caramel tu. Memang sedap! Rasa gabungan masin dan manis. Sumpah buat ketagih, yang nak diet, cut sugar tu jangan lah makan. Makan sebiji terus nak llagi. Kalau nampak jangan lupa beli tau.
| Tweet |
22 Sept 2025
Masakan Seorang Ibu Lebih Sedap
Assalammualaikum readers
Masakan Seorang Ibu Lebih Sedap | Hujung bulan Oktober ini, genap setahun jadi SAHM (Stay At Home Mother) dan duduk di rumah sendiri. Alhamdulillah, impian setiap isteri. Cukup lah 3 tahun 5 bulan duduk menumpang dengan fam in law's. Bila dah jadi surirumah ni, hari-hari tengok anak membesar depan mata, yang paling seronok bagi anak makan hasil air tangan sendiri.
![]() |
| Maggi celup daging |
![]() |
| Nasi goreng + dimsum ayam |
Maklum lah sebelum ini, bekerja dan kadang letih nak masak. Dapat masak beberapa menu dan suap guna tangan, berselera makan nasi, ayam, ikan dan daging. Paling suka daging masak kurma. Apa yang Nina masak semua makan tak macam sebelum pindah rumah jadi 'picky eater'. Masih ingat pesanan arwah mak :
"Dah kahwin nanti, masaklah untuk anak-anak, walaupun masakan simple telur mata dengan kicap. Biar anak-anak membesar dengan masakan rumah, air tangan mak ayah. That's how you keep their hearts home walau dah besar ❤️"
| Tweet |
13 Sept 2025
Oishi Panchos Keju Nacho Dan Jagung Pedas
Assalammualaikum readers
Oishi Panchos Keju Nacho Dan Jagung Pedas | Lately kalau beli groceries mesti jumpa produk baru dari Indonesia macam Wow Spaghetti Instant. Yang latest keropok ini, Nina jumpa yang warna biru tu di Lotus (RM 5.20) bulan lepas. Bulan ni beli yang warna merah pula sebab jumpa lebih murah di 99 Speedmart dengan harga RM 4.95.
Menariknya, keropok ini memang tak scam pembeli ya, yang perisa Keju Nacho tu memang pekat rasa kejunya 👍🏻 untuk perisa jagung pedas terasa jagung tapi pedasnya level biasa, kanak-kanak pun boleh makan. Dah jumpa nacho yang ranggup boleh buat resepi Loaded Nachos Guacamole 😋
![]() |
| Nanti nak buat entri sebab apa Maltodextrin tak bagus untuk kesihatan |
Tak pasti Oishi ni ada berapa jenis perisa keropoknya, yang nampak setakat ini hanya 2 perisa. Kena tanya Fanny, dia dah cuba atau belum. Keropok Nachos Twiesties tu tak berapa sedap dan tak beli sebab nak buat jihad kecil untuk Palestin.
| Tweet |
12 Sept 2025
Brazilian, Golden Kate And Green Kate Mango
Assalammualaikum readers
Brazilian, Golden Kate And Green Kate Mango | Inilah usaha mak-mak nak perkenalkan bermacam jenis variati buah mangga kacukan. Sebab pokok mangga kampung dah tebang, last-last anak cucu kena beli buah mangga 😂 Tak kuasa nak soal Pak Tam.
![]() |
| Last jumpa buah ni bulan Ogos 25 |
![]() |
| Dia sorang boleh habis 1 pinggan |
Sepanjang membesarkan Harraz ni, dia tak berapa suka buah yang ada serat, mangga kampung kan banyak serat last-last dia suka Mangga Brazil. Dah la buah import semuanya bermusim, jenuh satu-satu kedai Nina cari tak jumpa. Lastly jumpa 2 jenis variati baru di Lotus.
Green Kate Mango
- asalnya dari USA dan dibawa ke Yanbian, China, diperkenalkan pada tahun 1995 oleh pakar-pakar Israel untuk tujuan penanaman.
- buah yang tinggi dengan kulit berwarna hijau sedikit kuning apabila matang, isi yang penuh dan kuning pekat, berair, rendah serat dan rasanya yang manis dan sedap. Buah matang dari bulan September-Oktober.
Golden Kate Mango
- Buah yang besar, manis dan berair dari Filipina. Kaya dengan vitamin, antioksida dan mineral. Ia sesuai dimakan begitu sahaja atau di letakkan dalam dessert.
- rendah serat, ada Vitamin A & C, potassium. Bagus untuk kesihatan, membantu rendahkan tekanan darah dan kolesterol.
![]() |
| Variati Palmer, masam manis dan isi buahnya padat dan sedap, tiada serat! Tiada istilah terlekat celah gigi. Fav Nina dan anak. Last jumpa bulan Jun 25 |
Brazilian Mango
- berasal dari Brazil, ada 3 variati buah tropika iaitu Tommy Atkins (merah+hijau pada kulit buah), Palmer (kekuningan kemerahan, masam manis isi buahnya), Kent (hijau kemerahan, manis dan rasa buah tropika).
- mangga Brazil unik kerana tanah tropika dan kesuburan air hujan membuatkan buah mangga membesar sehingga 1 kg di sana.
- buah yang kaya dengan Vit C & A (beta-carotene) dan potassium.
- musim buah di Brazil bermula dari Oktober-Januari setiap tahun.
Kadang kena educate diri sendiri, tanya penjual buah dia belum tentu tahu, yang dia tahu jual buah mangga 💁 at least hang study lah jual buah apa, senang sikit nak promote buah tepi jalan. Dalam Econsave lagi teruk letak nama buah dari China.
| Tweet |
11 Sept 2025
Dettol Washing Machine Cleaner
Assalammualaikum readers
Dettol Washing Machine Cleaner | Lama tak share 'home product' . Disebabkan barang ni memang mantap terus rasa semua isi rumah, mak-mak wajib BELI! Ikutkan Dettol ni dah lama masuk cart Shopee tapi belinya tak pun, atas nasihat abang LG, setiap 2 atau 3 bulan sekali wajib 'tub clean'. Sudah termiss sebulan lebih dari tempoh tarikh yang sepatutnya cuci. Dettol washing machine cleaner ni sesuai untuk front load dan top load.
![]() |
| 1 botol RM 13.82 (250 ml) |
![]() |
| Klik untuk baca description |
Minggu lepas, balik rumah mil, dia auto mengadu, mesin basuh dah bau hapak, baju tak bau sabun/softener. Kesian jugak mesin tu 2 kali sehari depa guna, maklum la penghuni rumah 9 orang maunya tak busuk 😂 Sah-sah takda orang cuci.
![]() |
| 1 botol untuk 1 cucian |
On the spot order, compare harga Shopee dengan TikTok, Nina beli di tt. Courier pun laju dalam masa 2 hari terima barang. Buka parcel terus cuci mesin, geli noks lepas buka pintu, tak tau lah bila last depa cuci mesin sebab dah setahun tak duduk sebumbung. Sepatutnya mesin front load guna liquid detergent tapi tidak, dats why lagi cepat berkeladak.
Nina bab basuh baju ni memang betul-betul cerewet, bab lain ok lagi sebab kulit mudah alergik, salah guna sabun atau softener, menggatal lah jawabnya anak beranak. Once dah serasi memang tak tukar brand lain setia dengan TOP. Bab hygiene ni kena utamakan, ditambah berdarah O yang sinonim dengan darah manja. Nak basuh baju di dobi pun fikir banyak kali.
| Tweet |
10 Sept 2025
Genting SkyWorlds
Assalammualaikum readers
Genting SkyWorlds | Dari suites kami sayup-sayup boleh nampak Genting, terus hubby cakap, last day kita naik atas tengok apa yang patut, petang terus balik Penang. Nina pun onz, laki pun tau bini dia tak pernah jejakkan kaki lagi. Anak pi 2 kali dah 😂
![]() |
| Nina syak apek Axia biru ni bukan nak berak tapi dia kalut nak pi main judi kot. Suka cucuk belakang kereta, sapa kata Axia tak power. |
![]() |
| Cuaca elok nampak semua hotel-hotel yang ada |
![]() |
| Lenggang tapi di atas tidakkk |
Pagi tu bangun awal sikit, Harraz nak mandi pool katanya. Layankan saja, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami sampai Genting Highlands. Alhamdulillah cuaca terik sebab di KL, asal malam hujan. Park di GPO, terus beli tiket cable car. Disebabkan kami pi hari Khamis, ingatkan tak ramai di atas rupanya sangkaan meleset. Ramai dengan pelancong especially Indonesia dan India.
Nak masuk main indoor, tanya Harraz, dia kata nak, jalan sampai entrance, noh kena beratur panjang. Ini kalau masuk bukan setakat tak jumpa jalan keluar, tak jumpa jalan balik ke rumah 😅 Takda rezeki kami nak main outdoor sebab nampak dari cable car tengah buat renovation lantai agaknya. Kalau betul-betul nak main, wajib book awal di Klook. Lebih murah dari kaunter.
![]() |
| Kalau dah sampai Genting wajib selfie kat sini tapi ditutup |
![]() |
| Harraz paling seronok dapat baju & aiskrim BR |
Dah puas jalan, patah balik naik cable car ke GPO, cuci mata kot-kot ada baju yang berkenan di hati tapi tak ada yang menarik kecuali baju kanak-kanak. Settle beli baju Harraz, kami pun gerak balik.
![]() |
| Buy 3 free 1. Di Design Village pun takda sale macam GPO ni |
![]() |
| Dari Shell Pekan Batang Kali boleh nampak Genting |
![]() |
| Highway Slim River |
Berakhir sudah entri jalan-jalan KL-Genting bulan 1 tahun ini. Ada rezeki anak, InshaAllah boleh bawa jalan lagi. Itu pun kalau tak ngandung anak no 3 😁 Hahahaha
| Tweet |
8 Sept 2025
Makan Di Damascus Bukit Bintang
Assalammualaikum readers
Makan Di Damascus Bukit Bintang | Bersambung dari Gula Cakery, ada usulkan keinginan nak makan Damascus sebab tiap kali lalu BB tak dapat masuk sebab crowded dan bersesak, cadangan dari cousin hubby, dorang selalu order Food Panda saja. Malam esoknya, alhamdulilah sampai, ada rezeki dapat beratur hanya 30 minit sahaja.
![]() |
| Creamy Shakria Lamb - RM 42.90 (Mola-mola makan sedap, lama kelamaan rasa creamy tak boleh go, kena minum banyak air bergas) |
![]() |
| Beef Shawarma - RM 19.90 . Menyesal beli 1, sedap namati! |
Damascus, restoran Timur Tengah inspirasi ownernya yang berasal dari negara Syria. Kalau korang perasan ada 2 restoran Damascus di BB dan kedua-duanya full house tapi kami dapat makan di 'new branch' alamat 130 bukan sebelah Wolo Hotel 😁 Disebabkan hanya nak merasa, kami tak order terlalu banyak jenis makanan sebab Harraz tak makan banyak sangat. Makanan hubby tak sempat nak snap, tuan badan dah ngap dulu. Kebulur sangat dah asbab tunggu lama.
![]() |
| Suasana tak nampak crowded, kalau tidak macam nak ambil makanan secara percuma |
![]() |
| Restoran agak sempit, bagi Nina lah sebab 2 beranak nak keluar pun jenuh kena minta izin orang belakang |
![]() |
| Port wajib selfie kalau singgah BB, masa ni hujan renyai. Jenuh berlari anak dari Damascus sampai Pavillion. |
![]() |
| Merdeka 118 Tower |
Percayalah, kalau makan nasi pak Arab memang tak boleh habis. Haha.. so jangan tamak. Melainkan memang datang ramai-ramai boleh pilih menu banyak sikit. Itu pun tapau bawa balik sebab makan pun termonyeh-monyeh. Total habis RM 100++ (3 makanan+2 air). Next time rasanya tak walk in dah kot. Prefer order saja, mak tak kuasa nak berdiri lama-lama sambil jadi kaunter pertanyaan si anak.
| Tweet |
1 Sept 2025
Review KPop Demon Hunters (2025)
Assalammualaikum readers
| Tweet |
Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com



























































