2 Dec 2012

Fly To Mahsuri Island

Selamat petang semua..
Dah lunch? kalau tak lunch lagi cepat2 pegi makan. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan December kan. Cepatnya masa berlalu, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Eh, kena buat azam baru la. Btw, cuti sem kali nie agak lain sikit ditambah hujung bulan 12 aku dapat travel dengan kawan2. Sekurang-kurangnya takda la sangat terperap dirumah. Syukur jugak aku terpilih dalam 15 orang untuk pegi kursus keusahawanan under Majlis Amanah Rakyat Negeri Perak. Semuanya free ditanggung beres oleh MARA. Seronok ye dapat holiday free of charge.





Lagipun semua yang pegi cuma sem 5 & 4 termasuk MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Macam tau2 je nak bagi peluang kat senior2 yang nak LI nie. At least ada geng. Hehe. Harini jugak ada kawan yang join sekali ajak aku balik Ipoh. Tengs sangat sanggup datang amek aku kat rumah. Tak payah nak balik Ipoh stay rumah sewa sorang2. Seram pulak aku rasa. Agak penakut sikit tapi suka buat2 berani.




Aku dijangka menjadi penduduk sementara Langkawi selama 15 hari dari 5-16 Disember. Memang lama, rasa lama kalau tak buat aktiviti. Ingat nak naik kuda kat pantai. Belom pegi dah buat macam2 plan. Amboihhh nampak gaya bukan nak pegi kursus tapi macam nak makan angin. Orang2 Langkawi tunggu kedatangan kami. Can't wait!



Fuh bayu laut memanggil2..rasa macam tak maw balik dah. Hihi


Nantikan kemunculan bonzer2..yehaaa




Berkusut sambil melancong itu la tujuan utama
Semoga selamat pergi dan balik.. Aminnn
Rindu nak tinggal orang2 tersayang, my lappy
Peniang see u 2 weeks later oke
Sedih la my mum cakap anak tangan kurus nak p dah
Pergi membawa diriku ini.. Sob sob

1 Dec 2012

Majlis Pertunangan Tinie Dan Aiman


Assalamualaikum semua!
Dengan mata yang masih stim gara2 baru bangun dan kerana riuh suara2 penyokong Harimau Malaya aku update jugak entry petang tadi. Memang la tak elok tido petang2 tapi disebabkan hujan rahmat turun dengan lebat aku pon mengambil kesempatan tido sebentar dirumah kenduri dan disambung pula dirumah sendiri. Enak bukan, penat terlampau la nie. Lagipon aku dah tak selesa nak stay kat rumah orang lama2. Okokokok aku dah merepek beberapa baris.



Sebenarnya plan nak bertunang tu jadi jugak tapi bukan aku yang bertunang ya, BUKAN tapi kawan baik yang bertunang harini. Ramai yang agak terkejut bila baca tweet aku. Haha, sori sangat2 kepada semua, kepada kawan yang kena kelentong dengan aku. Semua ucap tahniah, terima kasih daun keladi korang. Aku sesaja nak buat surprise. Yelah time aku kena cabar pakai inai ada jugak yang col siap tanya itu ini, kenapa aku pakai inai? and blablabla... Aku nakal sikit okay. Hihi



Inai yang dilukis oleh mak andam secara percuma. Tangan aku yang agak kurus.. kuikui



Aku tak ada hati pon nak berangan bukan2. Selagi tak capai cita2 aku selagi tu impian nak berumahtangga kena aku lupakan. Tahankan hati nie dulu. Bukan senang nak ada commitment untuk jadi tunangan orang. Kena bersedia dari semua segi. Tapi bila masuk butik pengantin tu tak habis2 aku asyik main dengan manik, amboi cik nina ada hati nak jadi tukang jahit rupanya. Boleh la jahit sikit2. Ceh bangga kejap. 



Tak kisah la orang nak cakap apa pon janji hati aku senang tengok kawan sendiri happy. Aku pun tumpang happy gak walaupun budak skolah kami sorang pon tak datang majlis tadi. Sob..sob. Bak kata bakal pengantin aku datang memang confirm dapat berkat. Amboi sejak bila pulak aku dok ambik berkat nie. Harap2 mulut hang masin lepas nie boleh la jadi tunang orang. Dasar gatai!



Part paling lawak, terpaksa la drive sebab aku memang takda lesen

Ada iras-iras macam pelakon Siti Fazurina. Dengan kak tinie

Bakal nenek mertua gitu

Keluarga pihak lelaki

Aiman kepala botak! Wakaka


__________________________________________________________________________


Barang2 hantaran dari pihak lelaki 3 berbalas 7


Baju nikah nanti




Pihak perempuan


Kek my mum sponser...oder kt Jusco tapi sayangnya bila tengok dah patah hati tu :(



Hari bahagia mereka sudah, tunggu nikah je belom. Tak sabaq nak makan kenduri bulan 8 tahun depan. Aku memang kena jadi pengapit la jawabnya. Jadi siapa nak jadi pengapit lelaki? boleh la pm. Hantar sms pengapit lelaki jarak ke 33555. Haha. Siapa nak cop aku jadi pengapit boleh la isi borang. Perahsan. 




Gambaq perasan dari aku..sekian
Sedang berfikir siapakah lelaki bertuah itu? Gedik
Jeng..jeng

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com