16 Dec 2012

Langkawi (Part 3)


Penatnya baru sampai rumah. Tempuh bermacam-macam angin kencang. Akhirnya setelah sebelas hari menjadi warga Pulau Langkawi aku menjadi balik warga Pulau Pinang. Awesome bukan, aku cuma dapat post story yang tertangguh saja la, story yang terbaru maybe esok baru aku cerita kat korang eh. Dukacita dimaklumkan aku tersangat la rindukan Langkawi. Masa untuk balik rumah tapi kenangan kat sana tetap tak boleh lupa. Sedihnya nak tinggalkan kenangan kami bersama. Sob..sob.



Hari Ke 6
- Hari itu berakhirnya Latihan Pembentukan Usahawan Modul 1 bersama Dr. Ahmid. Sedihnya nak  pisah dengan dia. Dalam banyak-banyak pakar motivasi dia la paling baik. Seronok 5 hari belajar tentang business dengan dia. Lepas pakar motivasi tu umumkan berakhirnya Pembelajaran Modul 1, aku dah terbayang nak shopping apa kat Pekan Kuah. Ofcos la coklat! 


Permainan membina bongkah kayu dengan mata ditutup. Cuma dengar arahan.

Gabungan geng2 KPTM dgn KPM

Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh

Kolej Professional MARA, Sri Iskandar

Lunch first! wehooo

Mulut penuh dengan makanan sebelum jelajah Langkawi

My new buddies

Terjah ke Oriental Village Langkawi

Cantikkan kabus tu

Ada pameran bercuti ke Pulau Nami, Korea Selatan

Nak main dgn arnab? masuk free

Nampak tak cable car tu?

Jom kita shopping!



Hari Ke 7
- Kami dapat pakar motivasi baru untuk Modul 2. Agak tak berapa best sebab penceramah nie tak pandai buat lawak macam penceramah Modul 1. Tapi tak kisah la janji tak marah-marah kalau kami tak buat keja kira-kira. Account weyh, memang aku tak suka. Pening kepala nak buat semua tu. Yang penting makanan taip-tiap hari sangat sedap, pelayan pon cantik dengan hensem. Hehe. 


Setiap kali keluar bilik tengok pool nie dulu

Everyday eat

Jemput makan..percaya la semua nie kami yg makan

Diapit oleh bodyguard.. Haha

Tenang je waktu malam


Hari Ke 8
- Pagi tu kami semua main 1 permainan. Nama apa entah, aku pun dah lupa. Memang have fun la :) Paling suka bila waktu makan. Mesti siap awal-awal semata-mata nak tengok muka pelayan hotel. Tak kira la laki ke perempuan ke. Biasa la, sekarang banyak pelayan wanita dari Filipina. Datang bekerja di Langkawi sebab pertukaran pekerja untuk hotel masing-masing. Kiranya pekerja tetap di hotel tu kena transfer tukar ke Filipina. Jadi tiap-tiap hari jugak kami asyik cakap bahasa Tagalog. Macam nak mengorat awek Filipina pulak. Malam tu paling seronok sebab kami dapat tengok orang kawin. Memang yang kawin pon anak-anak datuk. Last-last kami kena makan kat atas sebab kat bawah cafe dengan lobby penuh dengan pemain kompang. Makan sambil cuci mata.


Cantikkan waitress nie. Kami panggil mamy Lara bak kata Adib. From Phillipines

Yeahh.. Kami selalu pakai sedondon. 

Ini la game yang aku main tu. Kena kira nombor cepat2. Kalau lambat habis.

Pengantin tu memang cantik..sepadan sangat

Bestnya kawen! haha

Meja gua..


Oke la setakat nie saja dulu storynya. Penat baru sampai rumah pon tak hilang lagi. Dah la naik ferry aku asyik rasa nak muntah tapi tak muntah-muntah pon. Tunggu part last untuk adventure di Langkawi selama 11 hari. Nak tidur dulu selamat malam semua :)

12 Dec 2012

Langkawi (Part 2)


Assalamualaikum semua.. sekali lagi aku curi-curi masa meng-update blog. Sudah masuk 8 hari kat Langkawi. Semakin hari semakin rindukan rumah, rindukan mak ayah, rindukan si dia. Tapi mereka buat-buat tak faham. Sedih jugak la hati nie. Oke la takmo touching, nanti hari-hari akan datang muka monyok ja. Dah la duduk jauh dari mereka yang tersayang. Back to story, ada satu kisah dimana kami berempat gatai pi mengorat pelayan hotel sampai dia duduk tak senang bila tengok muka kami. Amboii aku tak termasuk oke, cuma ikut menggedik ja. Bermula dari situ sampai ke malam nie, aku rasa tak baik main-mainkan hati dan perasaan orang. Apakah kesudahan cerita monkey ini. Jeng..jeng



Bakal seorang usahawan..



Hari Ke 4
- Hari menggatal bermula! Sebenarnya aku orang first yang perasan pelayan tu masa dinner hari pertama sampai kat hotel tu. Kesian jugak aku tengok si Nazirul, pelayan a.k.a budak poli yang praktikal tu, boleh tahan hensem jugak la. Last-last nenek 2 orang nie iaitu Qisy dengan Shira kenakan si sorang tu. Kesian wawa, jadi mangsa kami. Ini la part kena mengena. Seronoknya kenakan orang. Haha.. Dah 4 hari tapi aku tak rasa lagi boleh jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah latihan yang kami terima nie akan berguna satu hari nanti. Aminn.. Seperti biasa, tiap-tiap petang dihabiskan dengan beriadah kat dalam hotel tu. Takda masa nak lepak pi jalan-jalan sana sini. Nak jalan kena sewa moto pulak, memang muat nak angkut seramai 8 orang nie. So baik habiskan masa kat kolam tu. 



Qisy..dia la yg tulis note untuk pelayan tu. Haha

Bukan group aku. OKB (Orang Kaya Bergaya)

Ais kacang cool

Muka kekenyangan

Tenang waktu malam

Ready nak menyalin baru untuk aktiviti berendam. Lalala

Terencat sikit!

Kami sekepala! 2 kptm vs 2 kpm

Our fav tiap2 petang

Aksi2 yang terlampau seksi seksa

Penerjun tu macam kenal ja



Hari Ke 5
- Hari yang betoi-betoi rasa rugi. Sebab pakar motivasi kami ajar cara main saham. Agak best la jugak, mencabar otak untuk berani bermain dengan duit. Main saham guna duit betoi taw. Jangan main-main. Pokai la aku macam nie. Takut duit shopping susut nanti. Acaner nak shopping banyak banyak2. Dalam group kami, aku jadi secretary. Seronok jugak sebab jadi tukang pangkah. Bukan nak pi mengundi ya tapi pangkah huruf X atau Y untuk saham yang dimainkan. Paling lawak bila ada pasangan yang pakai baju Harimau Malaya. Sokongan dari Langkawi untuk abang-abang pemain bola sepak Malaysia. Sayangnya peminat Wan Zack agak frust sebab dia tak main malam tu. Hehe


Lawyer burok, akauntan senget, secretary cute, ustaz baek

Meja gue

Seronok beronline guna iPad Arul nie..hehe

Ini lawyer burok group aku

Mari berdebat..tiap2 hari kena present. This is what we call Simulation

SMILE! 

Tak sabar nak tengok bola kami nie. hehe

Aww...sweetkan mereka! Shira dgn Arul

Krismas lambat lagi daa.. 


Sebelum tu jom layan video Ceritaku L A N G K A W I 
by Bob (Danial Nizar)



Oke la, dah pukul 1 pagi. Mata aku pon dah mengantok nie. Tunggu story yang seterusnya okay. Ada banyak gambar-gambar yang nak diupload. Tak sabaq nak tunjuk kat korang semua. Selamat malam semua. Bye :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com