16 Feb 2013

Facebook Stalker





Wahai si stalker.. seronok tak tiap-tiap hari stalker hidup orang? Hidup aku dikelilingi dengan orang-orang ini sehinggakan naik rimas dibuatnya. Dari Facebook, Twiiter hingga ke Blog semuanya nak stalk. Mereka itu semua hipokrit. Benda nie dah lama jadi cuma aku malas nak menaip disini kerana si STALKER tu suka baca. 



Aku bukan jenis suka jaga tepi kain orang yang misteri lagi gila. Tapi kadang-kadang, ada jugak masanya aku boleh jadi stalker terhebat. Hahaha (gelak jahat). Keja jadi stalker nie tak best sangat, takda faedah. Aku penah try jadi stalker tapi makin dilayan makin rasa bosan tahap babun.



Actually, aku taknak cakap pasal stalker. Sungguh bodoh kalau aku terangkan apa itu stalker. Benda nie aku dapat tau dari tahun lepas lagi. Kalau tak kerana kawan baik, mungkin aku dengan ex tak bertegur sapa sampai sekarang. Bila dah mula bercakap itu, bercakap ini sampai panjang berjela-jela macam mee tu mungkin aku taktau lagi perangai sebenar pompuan sorang nie. 



Ketika kami berbual panjang, bercakap pot pet pot pet pasal masa lalu tiba-tiba ex aku bertanyakan tentang seorang lelaki yang aku memang kawan dengannya. Mau tak sentap aku, dalam hati tertanya-tanya macam mana mamat nie boleh tau pasal Amir? Mendidih hati nie. Aku memang syak kalau tak pompuan tu memang takda orang lain. Dia dah stalker fb aku sampai add Amir lepas tu boleh cerita pasal kisah aku kat my EX? Ohh cilakak punya orang. Tapi aku cool sampai sekarang.



Aku sebenarnya sangat anti dan tak suka orang yang melebih-lebih tak bertempat nie. Adakalanya kita kena jadi orang yang tak amek kisah pasal hidup orang, tapi tak semua benda sampai hal peribadi orang kena amek tau. Setiap hari tengok muka dia, rasa macam annoying nak mampos. Well, ada lagi stalker hidup aku. Rimasnya, jadi aku amek keputusan taknak update sebarang perkembangan terbaru di fb. Gua rasa tak selamat, gua taknak jadi manusia HIPOKRIT. Gudbye..


14 Feb 2013

Apa Itu Karma?

Assalamualaikum...


Percaya pada karma tak? What goes around, comes around. Kita selalu dengar orang-orang tua cakap, hidup nie macam roda. Tak selamanya kita berada di atas. Orang buat benda baik akan dibalas baik, orang buat benda jahat, akan dibalas jahat. Kalau perangai macam setan asyik buat orang lain sakit hati, jangan terkejut kalau esok lusa tulat anda akan banyak sakit hati bila orang lain buat perangai setan dengan lu. Kalau hari nie anda ikhlas dan banyak tolong orang susah, jangan terkejut kalau suatu hari nanti, kebaikan anda akan dibalas dengan berlipat ganda.



Sekarang nie kalau buat jahat buat lahanat kat dunia, Allah s.w.t bayar cash je. Lambat ke cepat ke tu semua kuasa Tuhan. Kalau kita taknak benda buruk jadi dekat kita, kita jangan la buat kat orang. kalau orang tu sayang kita macam separuh mati, hargailah dia. Bukan senang nak dapat kasih sayang yang sejati. Bukan time dia dah takda, time dia dah pergi, baru nak tercari-cari, baru nak terhegeh-hegeh. Baru nak rasa orang tu penting dalam hidup kita.





What you give, you get back.
Memang macam rasa kejam. Tapi kalau tak nak rasa diri kita di zalimi, jangan la zalim terhadap orang. Bila orang tu meroyan, sasau, terpaksa hadapi kesukaran dalam hidup, menangis 24 jam, kita cuma duduk dan tengok dari jauh. Mana pergi perikemanusiaan yang kita ada? Kenapa mesti ego? Selfish? Heartless?


Honesty + Commitment + You + Me = Us.


Semua nie penting dalam hubungan. Mana boleh mencipta hubungan tanpa komitmen. Kalau tak nak ada komitmen, jangan bermain dengan hati dan perasaan. Hapuskan perasaan tu. Buang ia jauh jauh. Jangan bagi harapan palsu.


Jika kau bercinta lagi
Jangan cintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh. Jangan cintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut. Cukup cintai seseorang sehujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh :')



Walau apa sekalipon, aku takkan pernah membalas dendam kepada lelaki yang pernah main-mainkan perasaan aku. Biar tuhan saja yang membalasnya. Hidup lebih tenang. Relax, tarik nafas dalam-dalam. Aku memang tak suka ingat benda remeh temeh, cuma ingat antara aku dengan dia memang takda jodoh. Harus diingat, jangan terlalu percayakan hukum karma. THE END...



Take Note Guys!

  • Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia
  • Jangan buat wanita jatuh cinta kalau tak cintakan dia
  • Jangan memberi wanita harapan kalau tak pasti
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuknya
  • HARAM jika dijadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya
- UAI-

.
.
.
.
.

Ayat agak SKEMA disitu... Ada yang terasa?
Valentines Day ? No no no
Hahahaha.. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com