6 Mar 2013

Biasakan Memberi SALAM

Assalammualaikum.


Aku bukanlah baik sangat tapi masih lagi ada kesedaran nak berubah menjadi lebih baik. In Shaa Allah masih dalam proses belajar. Semalam ada orang berjawatan tinggi menegur aku dengan cara baik. Ya, aku boleh menerima teguran tapi dengan cara yang baik tanpa perlu menengking atau marah-marah. Sekarang nie baru aku perasan memberi salam kepada semua orang lebih elok walaupun orang itu tak menjawab salam kita. Berada di kalangan kakitangan kerajaan kena lebih menjaga tatasusila. 


Jadi aku kena ajar diri supaya memberi salam setiap hari. Tak salah bukan. Especially dengan mereka yang lebih tua. Apabila kita tunjukkan hormat pada orang, nescaya diri kita juga akan dihormati. Jadi biasakan diri untuk memberi salam kepada orang dan sampai di kawasan tanah perkuburan pun kita wajib memberi salam kepada ahli-ahli kubur.




5 Mar 2013

Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jiran Gatal

Assalammualaikum. 


Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jiran Gatal | Pagi selasa ini mood aku tiba-tiba menjadi spoil. Dah berminggu-minggu aku sedaya upaya taknak jumpa orang tua tu tapi pagi tadi jumpa jugak. Orang tua gatal tu memerangkap jiran aku dan bininya sangat baik dengan mak gua. Dah lama aku geram bila tengok perangai orang tua tu mengacau anak jiran-jiran yang lain, ada kena raba, kena kejar sampai budak-budak takut dengan dia. Aku jugak la selalu jadi sasaran utama. What the hulk betoi..




Makin rimas kalau pepagi sebelum pegi keja mesti dia akan tunggu aku keluar rumah dulu. Jadi kalau nak cepat kena la keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Ohh letih la aku macam nie. Dah bertahun-tahun aku buat bodo dengan orang tua tu tapi tak jugak insaf. Makin menjadi-jadi adalah. Mak dengan ayah tau perangai orang tua tu tapi jangan harap la nak buat benda bukan-bukan. Jadi tips aku nak mengelak dari dikacau lelaki gatal yang sudah senja ialah:



1. Kena mengendap rumahnya sebelum keluar, takut dia tengah lepak kat luar rumah.
2. Gunakan tangga blok lain untuk turun (rumah bertingkat). Takda masa tunggu lif. 
3. Jangan pakai baju seksa seksi 
4. Jangan sesekali masuk rumah orang gatal itu walaupun bininya ada. 
5. Untuk orang yang berani, sila ugut orang gatal tu kalau dia nak buat sesuatu.


Sebenarnya jiran aku nie dia lupa kot satu perkara, dia ada anak perempuan. Kalau suatu hari nanti ada lelaki lain buat perangai yang sama macam mana dia buat kat anak orang baru kena batang hidung sendiri. Dalam hati nie hanya Allah saja yang tau, betapa bencinya aku tengok perangainya. Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cuba bayangkan kalau orang perempuan takda rasa malu? Renung-renungkan... 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com