Assalammualaikum.
Tips Mengelak Menjadi Mangsa Jiran Gatal | Pagi selasa ini mood aku tiba-tiba menjadi spoil. Dah berminggu-minggu aku sedaya upaya taknak jumpa orang tua tu tapi pagi tadi jumpa jugak. Orang tua gatal tu memerangkap jiran aku dan bininya sangat baik dengan mak gua. Dah lama aku geram bila tengok perangai orang tua tu mengacau anak jiran-jiran yang lain, ada kena raba, kena kejar sampai budak-budak takut dengan dia. Aku jugak la selalu jadi sasaran utama. What the hulk betoi..
Makin rimas kalau pepagi sebelum pegi keja mesti dia akan tunggu aku keluar rumah dulu. Jadi kalau nak cepat kena la keluar rumah sebelum pukul 7 pagi. Ohh letih la aku macam nie. Dah bertahun-tahun aku buat bodo dengan orang tua tu tapi tak jugak insaf. Makin menjadi-jadi adalah. Mak dengan ayah tau perangai orang tua tu tapi jangan harap la nak buat benda bukan-bukan. Jadi tips aku nak mengelak dari dikacau lelaki gatal yang sudah senja ialah:
1. Kena mengendap rumahnya sebelum keluar, takut dia tengah lepak kat luar rumah.
2. Gunakan tangga blok lain untuk turun (rumah bertingkat). Takda masa tunggu lif.
3. Jangan pakai baju seksa seksi
4. Jangan sesekali masuk rumah orang gatal itu walaupun bininya ada.
5. Untuk orang yang berani, sila ugut orang gatal tu kalau dia nak buat sesuatu.
Sebenarnya jiran aku nie dia lupa kot satu perkara, dia ada anak perempuan. Kalau suatu hari nanti ada lelaki lain buat perangai yang sama macam mana dia buat kat anak orang baru kena batang hidung sendiri. Dalam hati nie hanya Allah saja yang tau, betapa bencinya aku tengok perangainya. Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cuba bayangkan kalau orang perempuan takda rasa malu? Renung-renungkan...