25 Sept 2019

Unicorn Shake Di Bae Shake Bertam, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Unicorn Shake Sedap, Korean Spicy Chicken Di Bae Shake Bertam,  Kepala Batas | Disebabkan mengidam nak minum air Unicorn Shake ni, Nina terjah buat kali kedua dengan tunang, 14 Sept lepas. Air Unicorn Shake yang dikatakan ada musimnya disebabkan stok mangganya yang unik (tak sure mangga apa, rasa macam harum manis). Alhamdulillah rezeki dapat rasa air ni.
 
 
Unicorn Shake. Recommended! Ini size medium

Iced Latte with Boba. Tunang tak nak boba tapi tak cakap.
 
 
Kali pertama mai Bae Shake ni dengan adik tunang. Boleh baca kat sini "Ramen Cheese Leleh" , menu apa yang kami order. Kali ni bawak tunang sebab dia nak makan Korean Spicy Chicken. Boleh tahan pedas dan pekat sos cheesenya. Gerenti sedap! Kalau tak sedap. tak menjilat jari lah disebabkan sos cheese tu. Hehe..
 
 
Korean Spicy Chicken
 
Tak silap ada 6 ketul ayam
 
Licin dibedal kami
 
 
Overall, air Unicorn Shake ni sedap, pekat manis berlemak. Bukan manis gula tau tapi buah, dan tanpa bahan pengawet juga pewarna. Rasa manis buah mangga dan naga. Sedapnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semua menu di Bae Shake sedap! Jangan lupa masukkan list JJCM di utara kalau mai utara. Harga bermula dari RM 7.00 ke atas.  


Lokasi :
 
Bae Shake Bertam Branch

Jalan kampung permatang tinggi,
kampung pantai kemelun,
13200 pulau pinang.
(Waze : BAE SHAKE BERTAM)
 

Buka :
 
1.00 pm - 9.00 pm
(ISNIN TUTUP - BERTAM & KULIM)
 
 
Official IG : @baeshake_bertam
Official FB : Bae Shake Bertam




24 Sept 2019

Review Filem The Angry Bird Movie 2

Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem The Angry Bird Movie 2 Review | Lamanya tak review movie, bukan tak tengok wayang tapi malas nak taip! Movie kedua yang sempat layan dalam bulan ni. Nina tengok 15 Sept lepas. Lama tak main game Angry Birds. Mulanya tuning tak nak tengok tapi sebab sayang belanja tengok akhirnya. Movie ini box office sebanyak 123.1 million setakat ini. Sesuai untuk semua peringkat umur. Ramai yang ketawa berdekah dalam wayang tengok kecomelan team Angry Birds.

 
The Angry Bird Movie 2

Misi ke Eagle Island

As a team

 
SINOPSIS :
 
 
Bermula apabila Pig Island diserang dari Eagle Island, di mana Zeta telah melancarkan bebola ais. Telah memaksa Leonard (King of Piggy Island) untuk meminta pertolongan dari Red. Zeta (ketua Eagle Island) telah fed up dengan kehidupannya yang dikelilingi pulau ais dan merancang untuk menembak 2 pulau untuk meluaskan empayarnya dan berpindah ke pulau baru.
 

Mereka ke parti mencari jodoh

Comelkan? Zoe tengok telur adik-adiknya yang terlepas ke laut

Misi ke Eagle Island dengan kapal selam Leonard (Pig)

 
Sementara itu, penonton layan dengan gelagat comel Zoe (anak burung), yang bermain bersama rakan-rakannya menggunakan telur adik-adiknya yang belum menetas di pantai, tetapi telur itu dihanyutkan ke tengah laut. Memang kelakar nak dapatkan telur-telur tu. Misi mereka pun mencabar untuk mendapatkan semula telur-telur adiknya sebelum ibu bapa mereka dapat tahu.
 

Zeta beristirehat. Kelakar pun ada

Tak sangka anjing Zeta bercinta dengan anjing laut

Betul ke Zoe ambil telur adik-adiknya atau telur lain?


Chuck dan Bomb memaksa Red untuk join aktiviti 'Speed Dating' di mana Red terjumpa Silver, adik Chuck yang pandai dalam Engineering. Dan bermulanya misi mereka sebagai satu pasukan yang diketuai Silver untuk menyusup masuk ke Eagle Island dan memusnahkan mesin yang menghasilkan ice ball, dalam masa yang sama Red telah jatuh hati kepada Silver yang banyak bantu Red untuk membuang perangai egonya.
 

Kelakar habis
 
Akhirnya Zeta dan Mighty Eagle kawin. Siapa yang peluk tu?


Tiba di Eagle Island, tak sangka rupanya Mighty Eagle mengaku, Zeta bekas tunangnya dan dia lari tinggalkan Zeta di hari perkahwinan mereka. Patutlah Zeta marah sangat dan Mighty Eagle lari ke bird island. Nak tau lebih lanjut apa yang jadi kena tengok. Berjayakan Red dan pasukannya menyelamatkan kedua-dua pulau?


🌟🌟🌟🌟
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com