6 Oct 2020

Lelaki Penyondol

Assalamualaikum Readers


Lamanya tak update blog. Harap semua sihat dan dilindungi Allah. Kesihatan Nina on off (rahsia) 😅 Tapi nak taip blog tu malas ya rabbi. Selalu tengok dalam socmed, orang screen shot conversation itu ini sampai muak nak baca. Last dapat jugak.


Drama Cinta Di Whatsapp


Agaknya sekarang ada lagi manusia yang fikirkan pasal menagih cinta dari covid? Laki tau ni mampoih kena beletiaq sebab Nina layan. Harap tak ada manusia ganggu rumah tangga, which is ex mai balik lah, ex nak get back lah bla bla lepas tu tercinta balik 🤮

 

4 Oct 2020

Kiehls Ultra Facial Cleanser

 Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Ultra Facial Cleanser | Sebenarnya banyak produk nak review tapi ayat tak terungkap, nak taip jenuh perah otak. Ada juga produk Kiehl’s Nina dah guna habis. Dalam entri sebelum ni, memang guna Kiehls Calendula tapi masa birthday bulan 7 aritu, tak gamak nak ambil walaupun suami belanja 😔 still spent dalam RM 282.60 (selepas diskaun member) 😅 





Sejak kahwin ni, hormon dah tak macam zaman single. Baru faham title tukar semua bertukar. Alhamdulillah produk ni sesuai juga dengan kulit Nina dan murah sikit dari Calendula tu. Disebabkan beli masa birthday month dapat lah free gift kecik-kecik tu. Ada dah try pakai dan ada belum cuba. 



Kiehl’s Ultra Facial Cleanser






My Review : 


  • Lubang botol tak terlalu kecik tak besar. Selalu guna dalam amount kecik sebab dah ada buih.

  • Hanya guna sedikit dah cukup. Tekstur pekat dan menjimatkan.

  • Rasa lembut di muka, tak mengeringkan kulit sesuai dengan nama. Mengeluarkan lebihan sisa kotoran selepas remove make up, lebihan minyak dan kotoran akibat debu. 

  • Bebas alkohol dan paraben.

  • Bahan utama dari buah aprikot, minyak Avocado, vitamin E dan minyak Kernel yang maintainkan pH kulit muka selepas cucian.

  • Sebotol boleh tahan 5 bulan jika hanya 1 picit sahaja. Terpulang pada si pemakai. Bagi Nina sikit pun mencukupi nak cuci satu muka.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Gunakan bersama pelembab dari jenis yang sama. Kulit Nina akan kering di area T-Zone jadi lepas cuci terus pakai pelembab.

  • Dijual dalam 2 jenis size : 75ML - RM 50 & 150ML - RM 97


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com