11 Feb 2024

Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur

 Assalamualikum readers


Kenduri Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur | Entri peram tahun baru 2024. Bulan 2 baru teringat nak update. Busy dia lain macam tahun ni. Haa.. Nak dijadikan cerita, last minit bos hubby approved cuti terus pi KL pagi 31 Disember 2023, kami dapat jemputan pun last minit jugak 😂 Ingat nak book tiket train sekali semuanya sold out, tak ada rezeki nak bawa Harraz naik train.


Kalau ikut kata blogger Anies, nama dewan kahwin ni dah tukar dari kampung pengantin ke The Gabion Garden  Hall. Walaupun nama dah tukar tapi dewannya tetap sama, cantik dan mudah dapat parking. Paling Nina suka lauk kateringnya sedap dan selain nasi minyak, ada teh tarik, apom balik, bubur kacang dan kuih muih.


Seronok dapat pau lollipop

Comel!

Mia jadi flower girl

Selamat pengantin baru kak Sally - Sallyma Azeera & Mohd Raimi


Memandangkan ibu pengantin perempuan, memerangkap ibu kepada kawan baik Nina dan hubby masa study dulu memang kena tunggu sampai majlis tamat. Tak dibenarkan balik awal. Huhu.. Terpaksalah Harraz tidoq dalam kereta. Waktu petang adalah sesi caj bateri ya. Ada sesi karaoke juga. Sesiapa yang teringin nak menanyi tu dipersilakan. Meh layan gambar-gambar yang sempat Nina snap, dengan melayan kerenah anak cuma menu makanan tak sempat ambil.


Signage Kampung Pengantin masih ada

Goodies yang dibawa balik



Yang berminat nak mengadakan majlis perkahwinan di sini boleh datang survey ya. Lokasi pun strategik. Mudah kami cari dewan ni berpandukan waze. Tak sesat pun. Ini jelah kisah penutup tahun 2023. 

9 Feb 2024

Makanan Pakistan Di Hassan Briyani House

Assalamualaikum readers


Makanan Pakistan Di Hassan Briyani House, George Town | Lama tak update entri makan-makan sebab malas nak taip. Hehe.. slowly ok panggil mood rajin tu datang. Salah satu restoran di Penang yang menyajikan makanan-makanan dari Pakistan. Ini pun hubby yang try makan dulu, kalau menepati citarasa dia akan bawa Nina makan. Sebenarnya best jugak try makan walaupun memang Pakistan dalam list 'murah' untuk pi bercuti main salji.


Mutton Kerahi - daging kambing lembut dan juicy


Kebab daging


Restoran ini dah kali ke 4, kami masuk untuk menjamu selera. Kadang akan jumpa orang Pakistan makan di sini sambil cakap bahasa Urdu. Bukan bahasa Hindi ya. Tapi pelayan boleh cakap bahasa melayu. Jangan risau, kalau tak pasti bab menu tu boleh tanya. Kalau mai makan tengahari mesti order nasi briyani makan dengan kebab atau kerahi.



Alang-alang nak pi Pakistan lambertt lagi, mampu makan di restoran sajalah. Makanan-makanan di sini boleh diterima tekak asalkan suka mencuba menu-menu baru. Selalunya, memang lepas keluar dari restoran tu dengan perut memboyot sebab portion banyak. Kalau singgah ke Penang, jangan lupa masukkan dalam list ok, kami orang Penang pun cemuih (bosan) makan nasi kandaq.


Hassan Briyani House


Alamat : 196, Jalan Transfer 10050 George Town.

Buka : 9.00 pagi - 11.00 malam

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com