23 Dec 2021

MUTYARA - Jamu Gugusan Sumatra Untuk Wanita

Assalamualaikum Readers


MUTYARA - Jamu Gugusan Sumatra Untuk Wanita | Last makan jamu masa berpantang lepas tu stop sebab effect susu badan, Harraz susah nak berak. Hubby yang belikan jamu ni sebab kesian tengok bini hari-hari letih lepas balik kerja, fokus anak pulak. Alhamdulillah badan tak letih, period teratur dan sesuai untuk ibu yang menyusu. Kami berdua consume makan 👍🏻👍🏻






Siapa tak kenal produk kecantikan dari menantu Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin. Diusahakan dari tahun 2018 dengan menggunakan resepi turun temurun. Telah diolah rasanya dengan menambah beberapa makanan sunnah supaya rasanya tak pahit.






Dengan tagline : BUKAN SEKADAR JAMU. Mutyara fokus untuk membantu memperbanyakkan susu badan, merawat masalah dalaman dan luaran wanita, meningkatkan tenaga, mengurangkan kesakitan semasa period, mengembalikan seri wajah dan Mutyara boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.  


KANDUNGAN JAMU MUTYARA :


Menggunakan bahan-bahan alam tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan dengan menggabungkan 15 bahan iaitu : 


  • Kurma - memanaskan badan
  • Madu - merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Delima - membantu merawat masalah keputihan
  • Manjakani - mengecutkan rahim/peranakan
  • Akar Serapat - membuang angin
  • Kacip Fatimah - memulihkan tenaga
  • Ekstrak Yis - membantu melawaskan pembuangan
  • Cayenne - anti bakteria/merawat kegatalan
  • Halia - membantu merawat kulit 
  • Cranberry - anti penuaan/awet muda
  • Ubi Bit - membantu menambah susu badan
  • Kunyit - membantu proses detoksifikasi
  • Habatussauda - membantu menurunkan berat badan
  • Halba - menganjalkan aset wanita (payudara & punggung)

Untuk sesiapa yang mengalami masalah kesihatan sebab tindakbalas Mutyara terhadap sistem badan setiap individu berbeza. TAK BOLEH makan sekiranya :

  • Hamil
  • Period
  • Pesakit cyst
  • Pesakit fibroid
  • Darah tinggi


11 Dec 2021

Bayar Saman Cermin Gelap Di JPJ Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers


Bayar Saman Cermin Gelap Di JPJ Pulau Pinang | Banyak cobaan harini nak selesaikan saman tertunggak, selagi tak settle tak boleh print roadtax. Salahkan diri sendiri kena saman, dah nampak pegawai JPJ nyorok tepi semak, lalu jugak 😅😅






Sempena hari bayar saman dari JPJ dan PDRM, marilah bayar. Jangan cakap orang kena saman ni buat jenayah, kadang dah berhati-hati pun kena saman jugak dan yang bersih dari saman tu hati-hati la ye. 


Urusan di JPJ Seberang Jaya cepat dari Batu Uban. Beratur dari 8.20 pagi, 15 minit pengumuman sistem down. Nina hantar hubby pi kerja. 9.45 pagi sampai terus beratur (sistem ok). Ini semua trick nak orang balik 😂😂 


Perbezaan ketara bila tak ada tinted. Hubby kata macam duduk dalam aquarium


Koyak tinted serupa koyak duit RM 400

Semuanya cashless. Bayar saman guna card credit atau debit


Di kaunter tak boleh bayar sebab kereta tak buat inspection (buang tinted hadapan, kiri dan kanan pemandu), notis hadir ke mahkamah pun tak pi (sarat preggy). Pi ofis hubby, dia tarik tinted 😂




Sampai JPJ Batu Uban, pegawai test cermin, ambik gambar kereta, check enjin. Dah ok, boleh terus beratur. Beratur 45 minit, pegawai  'pening' bagi no giliran bilik lain, dah tu dapat no baru. Naik bilik 5 (atas). Tunggu giliran, swap kad debit dah settle!


Nina tak marahkan husband sebab dia yang pasang tinted 80% gelap semua cermin atas faktor KESELAMATAN & KESELESAAN isteri dan anaknya. Antaranya :


1. Bahaya drive waktu siang dan malam, orang jahat ni merata kita yang tak tau.


2. Bully road suka kacau


3. Cuaca di Mesia ni panas, sampai ke paha rasa bahang kalau tak tinted.


4. Orang tak nampak apa kita buat dalam kereta etc, melalak, menangis, gaduh, korek hidung.


Next : pi pasang tinted balik 🤣😅 Dah la balik kerja malam, drive sorang. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com