9 Jun 2022

Makanan Gelaih Cafe Penang Sedap

 Assalamualaikum Readers


Makanan Gelaih Cafe Penang Sedap | Tempat Makan Sedap Di Penang | Kalau nak makan di sini, paling awal pukul 6.30 ke 7.30 malam selepas waktu tu memang crowded. Ini kali ke-2, Nina makan di sini. Dah ada macam-macam jenis makanan tak termasuk western. Sos blackpaper di sini memang sedap. Mesti plate licin 😀 Cuma itulah timing kena betul.


Nasi Goreng Chicken Chop - RM 12.90 (pilihan Nina), nasi banyak, ayam besar dan sos blackpaper sedap

Nasi Bujang Kaya RM 12.90 (pilihan hubby). Sedap katanya, ada terung pula 

Vanilla Latte Medium - RM 4.00 (Nina) & Sirap Medium - RM 1.50 (hubby) 


Dalam banyak-banyak meja, dia datang minta 'ayam' kat Nina


Balik dari kerja, terus singgah walaupun nak redah jammed tu ya rabbi. Kalau park di depan cafe memang penuh. Hubby suka park di belakang, masuk ikut sebelah bangunan B Braun. Ada banyak deretan kedai-kedai makan area situ. Nama pun kawasan strategik (area kilang, dekat dengan airport).









Disebabkan balik kerja, kami berdua pilih makanan western berasaskan nasi. Hehe.. Variety air pun bermacam jenis. Rambang mata, semuanya sedap! Nanti singgah Penang, jangan lupa masukkan list cafe ni tau.


8 Jun 2022

Coca-Cola Starshine Limited Edition

Assalamualaikum Readers


Coca-Cola Starshine Limited Edition | Coca-cola ini antara yang meriah di semua 7E. Menjadi rebutan setiap golongan rakyat marhaen yang sentiasa mahukan sesuatu yang baru dan trending termasuklah Nina. Rasa macam minum gula-gula kapas.




Tak dinafikan tak rugi Nina terjebak sebab rasa dia yang betul-betul awesome and marvelous kena dengan warna yang dikenakan pada tin Coca Cola Starshine Limited Edition ni.


Bagi yang belum pernah mencuba boleh pi hunting untuk rasakan kesedapan air Coca Cola Starshine ni. Dapatkan sementara stock masih ada. Rugi sapa yang try. 


P/s: entri updated by husband 🤣

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com