30 Aug 2022

Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau

Assalamualaikum Readers


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau | Unplanned trip ni selalu terjadi dalam family in-law. Tup tup sampai, orang kata know know arrived. Nina tak tau pulak marka (bf) cousin hubby dari Florida fly ke Malaysia so FIL bawa David jalan Taiping & Batu Kurau 2 hari lepas. Dia punya seronok main air sampai luka kaki, the next day jadi penunggu atas batu tengok orang mandi.


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau


Arif Homestay ni dekat dengan 2 kawasan air terjun iaitu Sempeneh dan Ayer Itam. Dalam 30 minit perjalanan. Kalau ke Batu Kurau jangan lupa terjah 2 air terjun ni. We oulsss mandi puas-puas. Homestay ni ada 3 rumah teres, jadi kami book 2 rumah untuk 2 hari 1 malam. Harga tak pasti, fully sponsor. Yang pasti murah dari Chalet Latip


Tiada sofa untuk homestay Nina stay dengan hubby termasuk David. Ada 2 bilik. Sebuah lagi homestay yang in law stay lengkap dengan sofa

Untuk 2 homestay tiada water heater. Memang best sebab air kuat dan sejuk

Owner sangat peramah, semoga terus berjaya dan murah rezeki


Perisa strawberi dan keladi RM 5

Air terjun sempeneh

Kembali ke pangkal jalan. Sudah masuk tol jambatan ke 2


Kalau port makan, kami akan serbu selera makan area balai bomba Taiping. Wajib ke situ. Breakfast di sponsor cousin hubby yang stay di Batu Kurau. Tunggu la musim buah tahun depan, in shaa Allah akan ke sana lagi. Tak ada rezeki nak bawa Harraz masuk Night Safari sebab hujan lebat dari petang ke tengah malam. 


Kemudahan yang disediakan :


1. Dua bilik air

2. Aircond setiap bilik

3. Iron & Iron board

4. Sejadah

5. Hanger

6. Bantal lebih

7. Di homestay ada 2 pool

8. Kettle

9. Mug


25 Aug 2022

Frenche Roast Tiramisu Latte

Assalamualaikum readers


Frenche Roast Tiramisu Latte | Rasanya finally i found new coffee for my tekak dan mengubati rasa pening/sakit kepala bila stress di ofis. Perasan sejak minum dah tak sakit kepala dan seangkatan tapi risau jugak hari-hari minum kopi. Dah jadi ketagih dan bila bancuh bau aroma kopi dia tak tahan. Harga dalam RM 14.90


Frenche Roast Tiramisu Latte

Tak sampai 2 minggu dah habis 1 paket


Rasa kopinya lembut di lidah dan sedap. Rasanya sikit manis, tapi lemak sedap. Rasa kopi tak terlalu pekat dan kuat. Kurang caffeine kot. Cons kopi ni adalah, tak berjaya hilangkan mengantuk nina. Last-last kena spare jugak jajan. Mengunyah untuk hilang mengantuk. 


Brand ni keluaran Power Root


Tak sia-sia beli kopi ni untuk diminum di office, duit company haruslah survey dulu brand yang separa 'mahal'. Nanti nak cuba salted caramel pulak. Kopi ni boleh minum waktu petang atau malam la. Yeaayy


p/s : Alhamdulillah jimat duit dah lama tak minum Starbucks. Semoga Nina istiqhomah. 



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com