6 Feb 2023

Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser

 Assalamualaikum readers


Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser | Lama terperam review ni. Bila tengok dalam pendrive, haa penuh satu folder gambar dengan cerita sensasi tersendiri. Nina guna start bersalin. Memang sesuai digunakan tanpa was-was sebab tiada bahan kimia. Nak order pun mudah, setiap bulan ada saja sale. SIL jadi ahli MK.


 Mary Kay Timewise Age Minimize Cleanser



Mary Kay Timewise ni membantu mengatasi tanda-tanda awak penuaan. Sangat jimat walaupun hanya guna 127gm/tub. Dalam masa yang sama, sesuai untuk semua jenis kulit. Harga dalam RM 115.00 sahaja. Sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak. Fungsinya sepert :




  • Pembersih multi-tasking
  • Menghilangkan kotoran dan kulit kusam
  • Membersihkan makeup dan melembapkan kulit
  • Menjadikan kulit kelihatan cerah, bersinar dan berseri
  • Meninggalkan kulit halus, lembut dan selesa
  • Tidak mengeringkan kulit selepas basuhan
  • Tidak menyumbat liang-liang pori di muka
  • Tidak berminyak
  • Tidak mengandungi haruman dan selamat untuk digunakan. 


5 Feb 2023

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Assalamualaikum readers


Lama tak tengok lakonan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah. Nampak macam serasi berlakon bersama dalam drama terbaru. Sekarang jarang ada masa nak tengok drama. Layan yang rasa best sahaja. Nantikan drama terbaru adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil slot Akasia TV3. Drama 28 episod yang diarahkan oleh Osman Ali.



Sinopsis


Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, seorang lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang. Apa dayanya ketika itu, hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur dan maruah tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi.


Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu, semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur kerana khianat dan benci.


Lima tahun dia mencari gadis itu. Bersama sesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.


Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.


Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan?



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com