9 Apr 2025

Review Filem Pusaka (2024)

Assalammualaikum readers


Review Filem Pusaka (2024) | Filem yang trending tangga pertama di Netflix selepas hari raya. AMARAN : banyak jumpscare yang tak diduga, banyak scene pembunuhan yang nampak real, darah di sana sini. Tak digalakkan tengok kalau lemah semangat.



Sinopsis :


Seorang usahawan, Risang Wisangko ingin memberikan rumah besar miliknya kepada kerajaan untuk dijadikan muzium. Permintaan terakhirnya sebelum meninggal pada 2 orang anaknya, Randi dan Bian . Kerana usahawan tua itu mempunyai hobi mengumpul barang-barang pusaka. Pihak kerajaan menghantar satu pasukan untuk memeriksa barang-barang pusaka yang ada di rumah itu yang diketuai oleh Nina.




Ketika team arkeologi secara tidak sengaja terjumpa pintu rahsia bawah tanah yang misteri dan terdapat barang pusaka termasuk keris yang disumpah. Jari salah seorang ahli luka terkena bilah keris dan darahnya menghidupkan sumpahan itu dan dirasuk.


Keris sumpahan. Tak ada lekok


Untuk menghentikan sumpahan dan pembunuhan, perlu ada pengorbanan sebanyak 7 orang. Siapa yang terselamat dari keris itu? Kena tonton ya.


Filem Pusaka dari negara Indonesia ini bukan remake dari filem Pusaka Malaysia tahun 2019.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

30 Mar 2025

Puasa Dan Raya Tanpa Mak

Assalammualaikum readers


Puasa Dan Raya Tanpa Mak | Sejujurnya nak menaip pasal pemergian arwah mak masih belum mampu, air mata lagi laju dari jari 😭 Tahun pertama berpuasa tanpa mak. Nina take over prepare menu berbuka dan sahur untuk suami dan bapak. Kadang mama (mother in law), masak lauk lebih untuk sahur.


3.28 pm, pokok cempaka dah naik
17/3/1946 - 31/10/2024

Sehari sebelum raya, ziarah kubur
2023 - hilang anak
2024 - hilang mak


Kalau dulu masa arwah ada, pertengahan ramadhan dah start buat biskut raya, mengemas rumah, tukar langsir, cat pagar tapi tahun ini semua tu tak ada. Mama cakap pagi raya nanti, bawak bapak beraya sekali, ketupat, rendang semua mama masakkan. Alhamdulillah.


3/1/2025 - letak batu nisan

Batu nisan mak tempah pada orang yang buat batu nisan Harith. Mudah berurusan sebab kenal bapa mertua


5 bulan dah arwah meninggal, sekali pun tak pernah mimpikan arwah. Ustaz kata, itu petanda yang bagus, bermakna arwah cukup amalannya (amal jariah dan terima doa dari anak). Baru rasa perasaan orang-orang yang hilang ibu bapa. Bila dengar takbir raya, sayu 😭 Rindu mak dan Harith. Raya dah tak ada makna. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com