30 Apr 2015

Sinopsis Drama Dia.. Isteri Luar Biasa (Slot Akasia TV3)


Salam Readers..


Sinopsis Drama Dia.. Isteri Luar Biasa | Seminggu saja lagi drama Hati Perempuan akan tamat. Mesti rindu Tengku Zaril dengan Yuhanis. Drama baru menggantikan HP ialah Dia.. Isteri Luar Biasa . Kita melting tengok Shukri Yahaya dengan Fathia Latiff pula. Siapa yang rindu hero Asam Pedas Untuk Dia dan geng Arianna Rose boleh tengok. Sure best sebab apa Keith Foo jadi mamat lembut. Hehe.. Siapa layan novel memang ketawa sesorang. Tak sabar nak tengok cinta doktor pokok dengan gadis kuda belang sambil layan lagu OST Potret :)


Dia..Isteri Luar Biasa

Montage DILB


SINOPSIS DIA.. ISTERI LUAR BIASA


Prolog
Raden Amzar memerhati seorang lelaki tua di perkampungan orang asli. Lelaki itu lain daripada yang lain. Walau dimamah usia, kesegakan wajah dan tubuh badan masih ketara. Pak cik tu bukan orang asli kata Wadi, ranjer hutan. Kata ketua kampung dia zalim, selalu pukul anak isteri, kaki perempuan, suka hutang, akhirnya dikejar along, lari ke perkampungan itu. Raden memerhati pak cik yang leka membelai anggerik hutan.  


Shukri dan Fathia menyanyi tau 


Mengisahkan Dewi Yusra (Fathia) yang mempunyai banyak cawangan restoran Nasi Ayam Bonda. Dia ni sangat fobia dengan lelaki sebab ibunya pernah dizalimi ayahnya. Dewi seorang yang brutal tapi baik hati dan suka menolong kaum Hawa yang dizalimi suami dan memberi mereka kerja di restorannya. Kerana wasiat ibunya yang mahukan waris, Dewi terfikir nakkan anak tapi tak nak kahwin. Mana boleh? Untuk melaksanakan hajatnya itu, dia mula mencari lelaki yang sesuai dan stok ustaz dari genetik yang bijak pandai untuk dijadikan suami sementara selepas melahirkan anak dia akan blah.



Semasa penerbangan balik dari London, dia duduk sebelah Raden Amzar (Shukri), seorang Prof Madya dalam kapal terbang. Memula tu tak suka tapi yang buat dia tersuka bila Raden Amzar solat dalam flight. Maka terjadi perkenalan mereka selepas beg tertukar. Raden ni memang dah lama suka Dewi sebab dia selalu pergi makan di restoran nasi ayam dan paling buat dia jatuh hati dengan Dewi Bravo (gelaran Raden beri pada Dewi) sejak lihat aksi Dewi membelasah suami kawannya yang curang ketika berhenti di traffic light.



Dalam sibuk Dewi mencari calon suami sementaranya tetiba muncul Kamarul a.k.a Cik Kem (Keith) yang jadi bff Dewi. Dia pun nak jadi calon suami Dewi dan rahsia terbongkar rupanya selama ini dia menyamar jadi lembut supaya boleh rapat dengan Dewi. Kesian time nak melamar Dewi dah reject awal-awal.

Dewi dengan Cik Kem
Raden bawa  Dewi ke Royal Belum
Berkahwin di Lombok

Mereka berkahwin apabila ditangkap basah di rumah Raden (plan ni Dewi suruh Kem tapi Kem tak buat. Siapa dalangnya kena tunggu. Hehe) Hajat Dewi nak dapat anak semakin cerah. Majlis kawin di Lombok (dalam novel di London). Mereka tidur bilik asing. Raden mula kenal siapa isterinya. Dewi ni suka pakai baju kulit binatang dan takut kilat, guruh. Walaupun malu-malu Dewi buat macam-macam cara konon tak nampak desperate sangat nak bersama dengan Raden untuk capai misinya. Boleh pakai seksi dan pura-pura sleeping walking masuk bilik Raden. Cara Dewi nak ngorat Raden tu. Mula panggil Raden as Husbaannnddd. Hehe 



Raden bawa Dewi balik kampung kenalkan dengan Ummi (Ziela), walaupun Ummi kecil hati dan merajuk tapi dia boleh terima Dewi  Dewi selepas menantu peluknya dengan erat kerana Dewi takutkan kilat. Mula kes kakak ipar tak berkenan dengan Dewi sebab kak long dah ada calon, Fatiha kononnya sesuai dengan Raden. Pitam dengan perangai kak long petir. Dewi mula mencari alasan nak lari dari Raden disebabkan kak long tak boleh terima dia. Dewi ke rumah lamanya yang didiami Eda kerana rindukan anak Eda, Nina Popcorn. Sehingga Raden datang jemput baru Eda tahu Dewi dah kawen. Mula datang perasaan jeles dengan hidup Dewi. 



Akhirnya Dewi mengandung. Dapat tahu dia preggy terus lari balik kondo. Raden intip dia. Alahan teruk sampai kena tahan di hospital. Dewi ingat boleh minta cerai tapi Raden ni mana nak, dia tersangat la sayangkan Dewi. Bertengkar pasal cerai sampai kena masuk wad lagi.  Bermacam cara Dewi buat untuk sakiti hati Raden tapi Raden tetap sabar. Since baby dalam perut Dewi tak boleh berjauhan dengan Raden. Baby dah pandai nakkan abahnya saja (kalau abah tak ada baby diam dalam perut. Kelakar)  

Ummi a.k.a penerbit
Yeahh.. dah kawen ! Suka tengok lesung pipit Syuk
Sama macam novel.. Breakfast pertama Dewi selepas jadi wife Raden
Masuk hospital sebab alahan teruk


Sampai dah bersalin pun Dewi buat perangai bawa lari anaknya ke Taiping. Raden Dewi Amani.. Berebut-rebut nak letak nama pangkal Raden dan Dewi tapi si anak yang memang terlalu manja dengan abahnya sampai demam kerana rindu. Sebenarnya masa dalam pantang pun hati Dewi dah sayang suaminya. Biasa la ego, masih lagi nak melelong suaminya. 



Kebaikan Ummi dan Razita, ex student Raden membuatkan hatinya sudah tak tegar melepaskan Raden kepada wanita lain. Rumahtangga Dewi dan Raden yang nak bahagia tu tetiba ada pengacau seperti kak long dan geramnya kawan baik Dewi boleh tikam belakang Si Eda tu. Akhirnya, Amzar tahu Yusra sangat mencintainya sepenuh hati selepas berlakon sakit. Dewi siap nangis-nangis di hospital. Haha.. Tiba masa kedua-dua membuat pengakuan. Sebenarnya plan ditangkap khalwat tu kerja Amzar. Terkejut Dewi bila dapat tahu stok-stok ustaz buat kerja tu. Hehe.. Dewi pun mengaku dia saja buat berjalan dalam tidur sebab nak goda Amzar. 



At the end.. Selepas Eda didapat menjadi dalang menyebarkan fitnah kepada syarikat NAB Dewi dan dia bersama Nina melarikan diri ke Kampar. 3 bulan juga Amzar dan Dewi mengembalikan kejantanan Kamarul a.k.a Cik Kem, kerana dia ingin berkahwin dengan Dr. Akmawati. Adik sepupu Amzar, si Azam bekerja di bawah Dewi dan nak kahwin dengan Razita. Selepas Dewi tahu tempat persembunyian Eda, dia pergi berjumpa dan Eda menderita breast cancer dan menunggu ajal. Sebelum meninggal Eda mewasiatkan Dewi supaya menjaga Nina Popcorn seperti anak sendiri. Akhirnya Dewi Yusra dan Razen Amzar mempunyai 3 orang anak. Setiap kali Dewi melahirkan anak, Amzar akan menghadiahkan set rantai dan anting-anting berlian dan setiap kali hari lahir anak-anak mereka Dewi akan memakainya. Raden Iffan, anak last buat Amzar. Hehe.. Epilognya sedih sikit. Selepas kawen dengan Dewi, Raden selalu ke perkampungan orang asli untuk kajian Rafflesia, dia rasa ada 'link' dengan pak cik tu. Kata Wadi, sebelum meninggal pak cik mewasiatkan Raden menjaga Dewi. Anggerik putih ungu kiriman darinya menghiasi rumah. Pak cik Yus meninggal sebulan sebelum Amani lahir. Full of surprise !

Dewi mengidam makan cup cake. Raden nak disuapkan 
Melting tak? Raden tengah pujuk wife
Raden dengan stok kain pelikatnya
Mama Dewi dengan Nina Popcorn
Cik Kem dating dengan Dr Akmawati?
Happy family 
Dewi dengan Razita? Bakal madu tak jadinya
Raden Dewi Amani
Raden tengok wifenya
Dewi Yusra Yusman.. Cantikkan mata Fathia
2 tahun kahwin baru nak feeling's jadi pengantin. Cik Kem yang aturkan. 
Nina Popcorn dan Mama Dewi
Masing-masing buat pengakuan pasal kes khalwat dan sleeping walking

Amzar dan Yusra bahagia !


Barisan Pelakon DILB :


Dewi Yusra - Fathia Latiff
Raden Amzar - Shukri Yahaya
Kak Long Zahra - Elizad Sharifuddin
Kamarul / Cik Kem - Keith Foo
Ummi Sakinah - Ziela Jalil
Azam - Supyan
Razita - Syatilla Melvin
Eda - Nonny Nadhirah
Dr Akmawati - Uqasha Senrose
Nina PopCorn - adik Farhana Latif
Nora - Ardell Aryana
Raden Aisyah - Masmona
Azza Ellite - Adawiyah 
Dewi Anisah - Julia Ziegler
Pak Yus/ Yusman - Roy Azman


Credit : AmyNawari & DILBLovers & DILBNatics

20 comments:

  1. banyak cabang cerita ni.. pelakon best2 harap2 lah tak bosan macam HP.. sekali ja tgk pastu dah tak tgk..ngee

    ReplyDelete
  2. Akan ku tunggu cerita ini :)

    ReplyDelete
  3. mcm best je. tapi kite dah lama tak tgk tv :(

    ReplyDelete
  4. ala, mcm best jer..aduhai..akasia ni xbolah tgk sekali..mula la nk tgk smpai habis..

    ReplyDelete
  5. kalu blk cpt bleh laa nk lyn cite ni ;-)

    ReplyDelete
  6. p/s thanks a lot komen pukal ;-)

    ReplyDelete
  7. Wah...menariknya citer ni. Tak sabar. Tak suka citer hati perempuan. Asyik nak gaduh jer kerjanya.

    ReplyDelete
  8. menarik nih.. tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete
  9. owh.. hati perempuan tu dah habis erk..? x ambik tau pun. cm pnah tgok 1-2 episod je..

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak layan..
    Macam best je baca sinopsis DILB
    Pelakon pun best.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak tengok citer melayu.....hihihihih

    ReplyDelete
  12. peeergh Nina kalo review cerite.. xyah tengok xpe hahaha.. so CT jenis tak tengok drama baca sajalah citer Nina ni.. hehehe.. sweet sngtlah.. takot xleh comprehend citer cemni..

    ReplyDelete
  13. Assalam nina,
    waaaaaa
    minat betui uols dengan drama2 :)

    ReplyDelete
  14. peminat drama novel mst ternanti2 cite baru nie..

    ReplyDelete
  15. drama dilb ni mmg bez
    part keith foo goda dewi tu kelakar sgt..first time tgk dia berlakon jd pondan..kiut..badan sasa ketul2 tp bw watak auw..nasib baik watak menjadi

    ReplyDelete
  16. Can share with me ending nya? Seriusly..i kat oversea pon terkena penangannya..hahaha.. mcm mn ley terbabit cerita melayu drama pun ntahlah 😅

    ReplyDelete
  17. Anony : I dah updated endingnya.. ini drama melayu paling terkesan. Hehe

    ReplyDelete
  18. A married woman or a woman who is old enough to get married.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com