18 July 2016

Resepi Sayur Keladi


Salam Readers..


Resepi Sayur Keladi | Sesekali ku rasa teringin, bukan lirik lagu tapi mok cun yang mengidam nak makan. So apa salahnya belajar memasak. Tetiba bagi tau ini makanan fav BF dan first time makan sayur keladi, ternyata sedap, untuk orang berpantang tak sesuai ler sebab keladi kan sejuk. Orang bandar kalau tak makan masakan kampung tak best 😛😀 Mana jumpa lauk ni di kat kedai makan. 



Sayur Keladi Siap ! Orang utara tak letak santan


 Bahan-Bahan :


Keladi
3 Ulas bawang (tumbuk)
3 Sudu cili kisar (ikut suka)
Sedikit belacan, daun kesum, lada, asam keping, perasa, gula dan garam



Keladi dah siap besiang

Rebus keladi sehingga lembut

Toskan. Lembut jee



Cara-Caranya :


 1. Besiang keladi 

2. Rebus sehingga lembut

3. Toskan keladi yang telah lembut

4. Tumiskan bawang sehingga naik bau

5. Masuk cili, belacan, lada, asam keping, perasa masakan, daun kesum, gula dan garam secukup rasa

6. Rebus bersama keladi sehingga sebati



SELAMAT MENCUBA MASAKAN KAMPUNG 😜😋




9 comments:

Siti Nurzafirah said...

tak pernah makan jugak.. huk2

takut nak try

dear anies said...

kalu sy mkn sy amik kuah je pastu judu dgn ikan masin perrghhh

Shahida Dzulkafli said...

Suka sangat makan sayur nie.. tapi akak x pandai siang..
Susah owh.. kalau salah siang, gatal tekak..

cikpinz said...

CP suka makan sayur keladi

Murni Alysa said...

dah lama juga tak makan sayur keladi ni..tetapi blom rasa nak nyanyi lagu shima tu

Mrs. A said...

Mrs. A tahu makan jer...
Beli ataupun emak yang masak ataupun mil yang masak

Qaseh Vee said...

Kalau campur siput sedut pun sedap juga ... Sis kadang mkn OK, kdg lak gatal ... Huuhuhuuu

izzeyda said...

sayur keladi nih memang sedap.. Izzat dan Kimie pun suka.. tapi satu jelah, sayur nih angin skit laa.. memang tak sesuai untuk yang baru bersalin dan mudah berangin perut makan makanan berangin macam nih..

zai zamree said...

sedapnya lahai...dh lama x makan sbb renyah nk besiang keladi tu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com