Assalamualaikum readers
Barang Wajib Ada Selepas Bersalin | Bersalin anak kedua ni Nina banyak beli barang untuk diri sendiri, sebenarnya lebih kepada barang untuk berpantang. Sebab hati ni rasa anak dalam kandungan ada yang tak kena dan tau jantina baby boy jadi boleh guna barang-barang Harraz. Sebab cakap kat hubby tak payah lah excited beli barang. Tunggu anak keluar dulu baru bincang lain.
Senarai Barang Bersalin Di Hospital
Senarai Kelengkapan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital
Bila dah ada pengalaman bersalin ni, memang dah tau benda apa yang perlu beli dan tak perlu beli. Allah uji berpantang tanpa anak memang lain sangat. Nurse datang rumah check luka, bagi kata-kata semangat supaya tak meroyan. Boleh nampak kerisauan dorang tu. Dalam 2 minggu pertama bersalin tiap-tiap malam menangis rindu anak di tambah pertama kali kena rengat. Sakit hanya Allah saja yang tau. Yang tak tau apa jadi pada anak syurga boleh baca ya :
Pengalaman Mengandung Anak Kedua
Pengalaman Bersalin Anak Syurga
Ini antara barang-barang yang wajib beli, Nina tak beli semua sekali gus sebab makan modal, beli sikit-sikit setiap kali lepas masuk gaji. Semuanya Nina beli di Shopee.
Mandian Herba beli dari seller Aishanuha Store. Memang best! Murah pun ya juga. Sebungkus hanya RM 3.00 |
Beli di kedai jamu lebih murah |
Sabun Lulur Kunyit - RM 14.50. Guna hari-hari sebab badan memang berdaki lah penangan minyak Nona Roguy |
RM 11.38 sebotol. Beli sebab nak elakkan gangguan lepas bersalin. Nina guna kelapa memang wangi, yang 2 lagi tu beli untuk MIL. Lepas mandi rasa sangat tenang |
3 In 1 Bengkung Moden - RM 18.40 (pakai dari perut hingga pinggul) |
Beli ni sebab lepas bersalin suami boleh terus cuci uri - RM 18.50 |
Buat yang bakal timang cahaya mata boleh beli ya. Semoga urusan dipermudahkan. Nina hanya share terserah pada pembaca.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.