Assalamualaikum readers
Pengalaman Bersalin Anak Syurga | Bukan mudah nak terima hakikat yang anak dikandung 9 bulan meninggal. Ambil masa sebulan untuk redha dan kuat untuk teruskan hidup. Alhamdulillah sekarang dah okay, boleh taip dalam blog tanpa menangis.
13 Sept 23
- Sakit bersalin anak no 2 ni lain dari Harraz sebab dipaksa bersalin, air ketuban dipecahkan tapi Allah bagi rasa pergerakan baby keluar perlahan-lahan.
- Dr. Rahimah yang sambut, jahit luka (1 cm) dan tunjuk gambar keadaan baby yang tak stabil. Riuh rendah dengan suara-suara Dr dalam labour room sebab baby berhenti bernafas 2 minit selepas dilahirkan. Dengar suara menangis kejap saja.
- 2.30 pm nurse tolak balik wad, letih dan perasaan bercampur. Nina cakap dengan hubby, kalau baby tak normal, redha Allah ambil sebab tak sanggup tengok anak sakit.
Sepanjang masa hubby duduk NICU, bacakan Yassin. Faham perasaan dia, 2 kali azankan anak dalam incubator. Tak ada rezeki, dapat dukung anak macam orang lain |
14 Sept 23
- 6.50 pagi nurse kejut suruh perah susu. Baby dari lahir tak boleh minum susu sebab saluran pernafasan sempit. Nak menelan pun tak boleh. Sedih dari lahir hingga meninggal tak menyusukan anak.
Anak kedua ni perah guna tangan sebab dah ada pengalaman |
- hari yang sama, family in law mai hospital tengok baby buat kali terakhir incase jadi apa-apa, sorang-sorang masuk NICU kecuali Harraz dan Safiya (anak SIL).
- 9.40 pm Dr cakap baby tak boleh survive sebab ada masalah Lung Hypoplasia. Paras oksigen dinaikkan 100%. Kami decide kalau oxygen drop lagi, terus cabut tiub. Tak sanggup tengok anak. Kami redha dengan ujian Allah. Dr dan nurse banyak bagi kata-kata semangat.
Sampai sekarang fobia dengar bunyi mesin pernafasan, mesti teringat anak. Memang sayu masuk NICU, bermacam kes. |
15 Sept 23
- Awal pagi Dr Peads call hubby, oxygen baby drop paras 38. Hubby mai NICU dan perasan warna kulit anak dah berubah, bukan kemerahan tapi pucat. Naluri bapa tak pernah silap. Allah makbulkan doa dia, pergi pagi Jumaat tanpa siapa tau pukul berapa. Rahsia Allah.
- Pukul 12 pm nurse cabut branula tanpa sedar kena masuk ubat 2nd Zincofer. Cucuk semula branula, pukul 12.26 pm baru masuk ubat. Buang masa!
Masuk botol ke 2 ubat tambah darah. Bengkak tangan kena cucuk banyak kali |
- 1.50 pm, pi NICU menangis sepuasnya, Allah saja yang tau. Tengok mesin macam anak masih hidup, sebab dari lahir perlu bernafas dengan bantuan mesin tapi tengok keadaan dia dah meninggal.
Kulit putih bersih, rambut curl ikut hubby. Memang beza dengan Harraz dari segi berat dan tinggi |
- Selesai Dr tanggal semua tiub dan wayar, baru boleh peluk cium puas-puas sebelum pi forensik. Bau wangi anak syurga. Allah bagi nikmat bau tu. Pampers dan wipes tissue sedekah pada NICU.
Perasaan kosong masa ni. Rasa nak cepat-cepat keluar dari kawasan hospital |
Sempat sedekahkan baju pada sorang mualaf Indonesia sementara tunggu discharge |
Gift dari pihak hospital semuanya disedekahkan |
- 3.58 pm baru discharge, nurse bagi sebiji ubat stopkan susu badan. Baju baby sedekahkan tak sanggup nak bawa balik. Tak sempat nak ikut hubby mandikan jenazah anak. Pukul 4.44 pm gerak ke kubur.
Berpantang dengan 2 ketoi ni. Masuk celah kangkang sebab nak roti, tak padan umur baru 7 bulan. Harraz bukan boleh biar, nanti dia suap sepupu. |
Innalillahiwainnailahirajiun. Keluar air mata baca pos ini.
ReplyDeleteMoga Nina sekeluarga tabah.
Allahu...salam takziah dear...dah ada yg menanti di syurga & asbab utk tarik mak & abah nya ke syurga nanti..in sya Allah.. be strong, moga Allah berikan kekuatan...Allah tahu sis kuat sbb tu Dia uji sis & Allah sayang... nak kasi banyak pahala... hugs...
ReplyDeleteAllahu!! sabar ya nina... ujian utk nina sekeluarga tp hikmahnya nina ada harith nufael yg akan menarik nina dan suami ke syurga nanti.. insya allah... aaminn
ReplyDeletesalam takziah...smoga tabah dgn ujian ini...
ReplyDeleteAllahuakbar, salam takziah sis...Allah uji tanda Allah sayang, semoga terus kuat dan tabah..tarikh lahir arwah sama dgn linda...
ReplyDeleteAllahu...sedihnya..semoga Nina & suami tabah & kuat semangat..
ReplyDeletebersabar atas segala-galanya dan setiap ujian itu ada hikmahnya
ReplyDelete