Assalamualaikum readers
Menu ZUS Coffee Sedap | Cerita minggu lepas tunggu SIL bongsu balik dari UiTM, terus ajak dia, sebab pantang dah lepas 44 hari dan Nina dah lama install apps ZUS Coffee tapi belum redeem "buy 1 free 1" 😊 untuk new user. Lepas order, bayar dan pickup air.
Cheese Creme Strawberry Frappe - RM 14.90 (pilihan Harraz) Rasa macam minum aiskrim strawberi |
Iced Green Tea Latte - RM 17.10 Peminat green tea wajib cuba sebab kurang rasa pahit tapi manis berlemak |
Tukar kepada oat milk + Velvet Creme + Whipped Cream & less ice |
Dalam apps ZUS Coffee ni boleh customize menu air ikut citarasa sendiri. Nina ikut resepi yang TikTokers share. Alhamdulillah sedap dan kurang manis. Selain pelbagai jenis pilihan air kopi, coklat dan green tea. Nina order spaghetti carbonara (kena tunggu 6 minit untuk panaskan).
Harraz paw kek kat maksu |
Summer Berries Cheesecake - RM 13.50 (Sedap rasa kejunya dan terasa biji-biji berries tu) |
Spaghetti Carbonara - RM 12.60 (Boleh la makan cuma kurang rasa, macam makanan orang sakit) |
Harga selepas redeem |
Yang belum pernah cuba ZUS Coffee ni, boleh try sambil collect point. Bila tiba birthday boleh juga dapat air percuma.
Harga kayangan
ReplyDeleteSaya tak pernah minum lagi zus coffee ni
ReplyDeleteoo..dah try dah.....dap dap
ReplyDelete