27 Nov 2023

Review Filem Falling For Christmas (2022)

Assalamualaikum readers


Review Filem Falling For Christmas (2022) | Mengisi cuti bersalin yang masih bersisa sebulan. Kalau dah masuk bulan Nov dan Dis ni cerita Krismas lah paling banyak di Netflix (masih tak boikott 😂). Movie ni lain dari yang lain tapi mesti ada sikit scene L G B T tak macam Shadowhunters (selesai tengok 3 seasons tanpa review). Huh (akhir zaman katakan).



Sinopsis :


Pewaris hotel Sierra Belmont (Lindsay Lohan) dilantik sebagai 'naib presiden' di resort ski mewah milik bapanya, Beauregard walaupun tidak berminat dalam perniagaan. Semasa bapanya outstation, Sierra mendaki gunung bersama teman lelakinya, Tad dan kemudian melamarnya.



Tad ni berpengaruh tapi kurang cerdik. Nak melamar tapi cincin besar


Angin kencang menyebabkan Sierra jatuh dan berpisah dari Tad. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, Sierra diselamatkan oleh Jake Russell, dan dibawa ke hospital. Sierra hilang ingatan dan hospital tidak dapat mengesahkan identitinya. 


Agak-agak nak buat live dalam hutan lepas sedar dari pengsan


Jake menawarkan Sierra tempat tinggal di hotel penginapannya sehingga dia dapat mengingati siapa dirinya atau ada orang datang mencarinya. Sierra mula terikat antara Jake dan anaknya, Avy yang kematian ibu. Sierra menyesuaikan diri dengan kehidupan biasa. Memandangkan hotel Jake sedang mengalami kemelut kurang pengunjung, Sierra mengadakan parti untuk mengumpul dana. 


Nak buat pancake, tuang olive oil macam nak goreng


Resort ski mewah Beauregard 


Di Belmont, staff hotel tidak terfikir untuk mencari Sierra dan Tad kerana percaya mereka pergi bercuti. Selepas 4 hari, Beauregard pulang dan mendapat tahu Sierra hilang. Pada parti itu, datuk bandar setuju isytiharkan hotel Northstar Lodge sebagai tapak bersejarah dan Beauregard datang bersama sheriff dan membawa pulang Sierra.


Sierra meletak jawatan dan putuskan pertunangan dengan Tad. Menyedari dia jatuh cinta pada Jake, dia memutuskan untuk mengendalikan hotel Jake kerana semua bilik habis di booking. Beauregard berhutang budi pada Jake dan melabur di hotel tersebut.

🌟🌟🌟

2 comments:

  1. cehhh mentang2 dpt duda hensem trs putus tunang yaaa🤣

    ReplyDelete
  2. sama..MA still on netflix lagi.. and sama jugak sbb suka layan christmas movie.. this month pun banyak movie christmas yg baru kann..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com