Assalamualaikum readers
Scalp Massage Brush | Lama Nina tinggalkan blog, hidup down dengan ujian Allah. Alhamdulillah perlahan-lahan bangkit dari kesedihan. Ok dalam tempoh pantang yang 98 hari ni, shopping online tak berhenti, bosan duduk rumah. Ini antara barang yang rasanya berbaloi untuk dibeli. Beli di Tiktok harga RM 6.59 (incl shipping).
Hikmahnya bila ada scalp yang banyak masa pregnant hinggalah Nina dah tak tahan dengan gatal di kepala dan garu hingga luka. Hasil survey tukar shampo Loreal ke Selsun Blue, alhamdulilah dah terus kurang scalp dan tak gatal lagi, mungkin asbab atas apa yang jadi di Palestine 🇵🇸 slow-slow kita tukar produk lain.
Scalp massage brush ni lembut dan best digunakan sebab kulit kepala rasa bersih dan bebas dari kegatalan. Boleh cari berus yang lembut, barulah kulit kepala tak luka. Sebelum ni guna jari mungkin tak berapa effective sangat. Recommended untuk beli.
Hi Nina, lama x nampak Nina..semoga Nina makin tabah dengan dugaan yang menimpa..sama la kita semua ada je dugaan kehidupan kan..xde ujian x lengkap ye tak..akak nak beli la scalp massage ni..gatal kepala la...akak pun sekarang guna Selsun Blue untuk rawat scalp kepala..stop dulu guna shampoo lain
ReplyDeleteBetul jugak garu pakai yg halus dan lembut baru la kepala tak luka.. Tak puas menggaru nya hahahaa..
ReplyDeletepakai scalp massage ni mmg best. kalau time tgh gatal kulit kepala tu fuhhhh heaven rasanya hahaha
ReplyDeletesy beli 2. satu lg sy garu kt kucing kemain terpejam2 lg dia bla dpt urut hahhaha
ReplyDeleteIni pakai sebelum syampu ke?
ReplyDeleteguna semasa syampu
Delete