20 September 2016

Film Review : The Secret Life of Pets


Assalamualaikum Readers..


Review Filem The Secret Life of Pets (2016) | What's up kids ! Lepas habis ternak lemak di Boat Noodle, entah mimpi apa akak Nina boleh terjebak nak tengok movie kartun sebab di belanja ! Haha 😆 Last tengok movie time birthday bulan 7 aritu. Mak aii lama bebenor tak tengok wayang. Movie ni memang sesuai untuk semua peringkat umur, kelakar dan mencapai box office dari $75 million hingga $834.8 million. Meh layan kehidupan haiwan peliharaan 😎



The Secret Life of Pets Poster



SINOPSIS THE SECRET LIFE OF PETS :



Mengisahkan anjing bernama Max, tinggal bersama tuannya Katie di sebuah apartment area Manhattan. Setiap hari selepas Katie keluar bekerja, Max bergaul dengan haiwan kesayangan yang lain dalam apartment. Satu hari, Katie membawa pulang Duke, anjing besar dari Kawalan Haiwan, membuatkan Max cemburu kerana tumpuan lebih pada Duke. Marah dengan perbuatan Max terhadap dirinya, Duke cuba meninggalkan Max di lorong, tetapi kedua-dua diserang oleh sekumpulan kucing yang diketuai Sphynx.



Max dan kengkawan

Katie membawa pulang Duke



Kucing menanggalkan kolar di leher Max dan Duke, meninggalkan mereka untuk ditangkap oleh Kawalan Haiwan. Duke takut kalau dia ditangkap kali kedua. Mereka diselamatkan oleh seekor arnab, Snowball pemimpin "Kemarahan Haiwan" - group haiwan pembetungan kerana dibuang dan dizalimi oleh tuan. Max dan Duke berpura-pura menghina tuan mereka. Sebelum masuk kumpulan, mereka harus benarkan ular menggigit. Duke tak sengaja membunuh ular dan melarikan diri menaiki feri ke Brooklyn, membuatkan Snowball marah.



Nak join group arnab kena gigit dulu. Haha

Helang yang dibebaskan Gidget

Hahaha kelakar. Paling suka watak Gidget, comel




Gidget, tertarik pada Max ingin mencari dan merekrut helang merah bernama Tiberius yang dikurung oleh tuannya. Selepas dibebaskan Gidget, Tiberius pulang membawa Ozone, si kucing yang tahu tentang anjing. Kemudian Gidget mengumpulkan kawan-kawan untuk mencari Max. Mereka juga melarikan diri dari Snowball. Di Brooklyn, Max dan Duke mula rapat dan mencuri makan di kilang sosej. Duke menceritakan tuannya, Fred, seorang lelaki tua hingga satu hari Duke tersesat ketika mengejar rama-rama dan ditangkal Kawalan Haiwan tetapi Fred tak pernah datang menuntut.



Sebelum melarikan diri dari tempat Snowball

Kwasan kucing-kucing jalanan



Max dan Duke melawat rumah Fred, apabila tiba tuannya sudah meninggal. Geram dan marah, Duke menuduh Max cuba menyingkirkan dia dan menyalak di rumah pemilik baru dan menghubungi Kawalan Haiwan. Max ditangkap tetapi Duke menyelamatkan dan melarikan diri sambil tengok Duke dibawa ke van. Cuba untuk selamatkan Duke, Max diserang geng Snowball.



Max memuji keberanian Gidget dan dilamun cinta

Semua pulang naik teksi. Bukan main

Anjing putih tu kalau tuan tak ada buat disko



Geng Snowball ditangkap juga, dan bergabung bersama Max. Mereka memandu van hingga kemalangan di Jambatan Brooklyn. Gidget tiba dan menyelamatkan Max. Van yang membawa Duke terjatuh ke dalam laut dan Max ada didalam cuba menyelamatkan Duke. Kunci sangkar Duke juga jatuh, Snowball terjun dan selamatkan mereka. Seluruh haiwan peliharaan pulang ke apartment dengan teksi. Max dan Gidget dilamun cinta. Snowball dengan pelan baru kejahatannya tetapi dipeluk oleh kanak kecil, Molly ingin peliharanya. 




🌟 🌟 🌟 🌟


8 comments:

Pha Is said...

hmm... tggu download la.. hehehe

Cik Yaya said...

salam jumaat..
singgh sini..=)

hmm movie trolls ni..nk g tgok ke x..
budak2 suka la kot..huuu
yaya suka tgok krtun jgk tp krtun ni xmnarik pndgn yaya nk tgok la pulo.. ^o^'

Cik Yaya said...

eh silap..trolls pula..
secret life of pet...hehe

Siti Nurzafirah said...

comelnya Gidget

Cik Ash said...

nampak macam best jer ni...

Murni Alysa said...

haritu sempat tengok sekejap jer cerita ni..tertidor..hahaha

dear anies said...

cite ni mmg best gelak manjang ;-)

nohas said...

bestnya..jln citer lbh kurang sama dgn Toy Story..

kreatif la depa ni..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com