23 Nov 2016

Resepi Kentang Goreng Mudah


Assalamualaikum Readers..


Resepi Kentang Goreng Mudah | Kentang Goreng Pedas | Ini resepi buat makan sahur minggu lepas 🍟 Suka ganti puasa awal-awal, kan lebih bagus 😉 Kalau dah habis ganti, bagus la 👍 Alhamdulillah. Sahur masak lauk ni saja, ok ler dalam rumah kita sorang je yang tak monopossss lagi ! 😄 Haha.. Sangat simple, dan suka masak makanan yang tak banyak proses. Meh nak share, buat anak-anak dara yang nak belajar masak tu.


Kentang Goreng makan dengan nasi panas-panas fuhh



Bahan-Bahan :


2 biji ubi kentang (ikut suka berapa biji, dipotong nipis)
Ikan bilis (digoreng)
1 ulas bawang merah
Sedikit perencah
Cili blend
Garam



Mr Potatos dah jadi slice



Cara Memasak :


1. Goreng kentang yang telah dipotong nipis sehingga sedikit garing

2. Goreng ikan bilis dan ketepikan


Kasi goreng dulu itu kentang

Nak ratah saja pon boleh

Kentang dan ikan bilis yang dah siap digoreng



3. Masukkan bawang merah dan tumis hingga kekuningan

4. Masukkan cili boh (ikut suka nak pedas tahap mana kan), sedikit garam, perencah dan sedikit air

5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Kacau hingga sebati



Dah siap, masak 30 minit saja, ada lagi pending resepi 😕
 

20 comments:

  1. mmg mudah resepi nie.. lps tu mkn dgn nasi panas.. pehhhhhhh

    ReplyDelete
  2. resepi kentang ni sllu buat ngan ikan bilis + kacang goreng
    pas2 kentang+bwg+cili hijau+ telur goreng sekali
    sedap aihhh

    ReplyDelete
  3. Nyum2.. sedapnya kentang goreng tu

    ReplyDelete
  4. Ohhhh....benda ni, hakak pun layan jugak ni Nina. Sedapnya....
    Hakak kekadang buh sos sikit Nina. Sedap jugak

    ReplyDelete
  5. Ini lauk emergency Mrs. A.
    Sebab itu kena ada stok kentang kat rumah.
    Konon tak nak makan tetiba lapar buatlah lauk ni.
    Sedapkan makan dengan nasi panas-panas.

    ReplyDelete
  6. Simple dan menyelerakan! Sedapnya ratah camtu je. Hii

    ReplyDelete
  7. simples cam nih pon dah sedap.. sambil update entri sambil mengunyah.. hee~ tapi minyak masak dah mahal..

    ReplyDelete
  8. salam..
    hi nina..
    senang je buat kentang tu kan..
    senang n mudah.
    rajin ank dara ni msak kan.. ^o^

    ReplyDelete
  9. fuh feveret ni.. kentang dgn ikan bilis sedap ooo..
    selalu je kalo mak masak kentang goreng ni akan amik mkn kentang tu mkn masa panas2 sdp oo.. :D :D

    ReplyDelete
  10. Mudah je nak buat tp x pernah buat sbb x tahu..yeay! Leh try utk mkn mlm

    ReplyDelete
  11. Titiew nampak icon emoji laaa 😬

    ReplyDelete
  12. Ni resipi akak time mlas2 tak tau nk msk apa...
    Tp tu la yg mnambah2 2 3 kali

    ReplyDelete
  13. nasi panas-panas, makan waktu sahur, perghhh sedap!!

    tahniah sis, ganti puasa awal!!

    ReplyDelete
  14. Senangnya nak buat ni rupanya. Selalu nye beli je x tau cane nak buat :p

    ReplyDelete
  15. mek ade bnyk jugk ubi kat dalam peti tu. bleh la try nina punya resp ni :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com