26 December 2016

Hibah Amanah Di ASNB


Assalamualaikum Readers..


Hibah Atau Wasiat ASNB | Akuan ASB Di Bekukan Selepas Meninggal | Alhamdulillah, October lepas settle urusan Hibah ASNB mak. Don't get me wrong. Banyak kes harta peninggalan masuk ke dalam BaitulMal dan ASB si meninggal di bekukan, salah siapa? Kalau tak berwasiat confirm akan leceh dan lama prosesnya. Untuk maklumat lanjut boleh ke cawangan ASNB atau ke website "Pendaftaran ASNB"


Untuk yang buat ASB Loan, anda harus batalkan dan baru boleh buat Hibah Amanah. Nina pun tak dapat buat 😖



Proses Hibah Amanah ASNB


Untuk pemegang akaun ASB dah boleh letak penama. Pihak ASNB telah mewujudkan satu penyelesaian iaitu Hibah Amanah. Hibah ini umpama menghadiahkan harta kita kepada penama. Melalui hibah kita tak perlu melalui proses mahkamah, terus boleh keluarkan duit



Ramai antara kita mempunyai pelaburan saham ASB. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan duit ke dalam kumpulan wang tak dituntut sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makanan selepas anda meninggal. Nak letak penama pun berkira, last duit tak kemana. 



Kelebihan ASB Hibah Amanah



Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, serta merta duit ASB akan dibekukan, bukan terus dapat pada anak, pasangan atau ibu bapa yang masih hidup. Tak kira dalam ASB ada RM 100,000 mahupun RM 100 sekali pun. Beku tetap beku. That's the rule. Bila duit dah beku, waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan.




Pengiraan Yuran Tuntutan buat waris



Perbandingan Simpanan ASB dan Takaful




Maka tak hairan kenapa sehingga kini masih terdapat RM42 billion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan. Rugikan? Dengan Hibah Amanah, pembahagian berdasarkan faraid. Jadi waris tak perlu nak bertengkar. 



Hibah Amanah ni salah satu instrumen bagi anda merancang harta pusaka, sama seperti instrumen lain iaitu wasiat, deklarasi harta sepencarian. amanah dan lain-lain. Tepuk dada fikir masa hadapan.



5 comments:

Irda Garmin said...

perkongsian yg baik nina...good sharing.;)

Mrs. A said...

Terima kasih share info ini

dear anies said...

mungkin ramai yg x tau atau tau psl ni tp x nk amik kisah... byk tu amaun... klh 23bilion hehehehe

Cik Ash said...

tq atas pengkongsian ni nina kak ekin baru taw...

Pha Is said...

nice share..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com