29 December 2016

Resepi Puding Roti Bakar


Assalamualaikum Readers..


Resepi Puding Roti Bakar | Masa in the making puding roti bakar ni rasa leceh juga, since buat pagi, mana nak pi kerja. Saja tak buat sos kastard sebab rasanya muak kalau makan terlalu banyak bersama puding roti. Makan saja pun sedap, sebab puding roti dah manis. Ok peram terlalu lama dalam draft, harini meh nak publish. Mana tahu cuti new year, korang boleh try 😄



Puding Roti Bakar


Bahan-Bahan :



8 keping roti
2 cawan susu segar (*Dutch Lady)
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega (*Buttercup - cairkan)
1 kotak kecil kismis (optional boleh tambah badam/gajus)
2 biji telur



Cara-Caranya : 


1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau guna mixer, jangan sampai kembang... Nampak semua adunan elok sudah ok.


2. Carikkan roti kecil-kecil, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap... Masukkan mentega yang dah dicairkan serta separuh kismis ke dalam bekas dan gaul sikit..


3. Sapukan sedikit mentega dalam loyang.. Tuangkan roti yang telah direndam dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis di atas adunan.. Bakar pada suhu 18 0C selama 35 minit.. 


Puding roti masih lagi basah, maknanya kena bakar lagi. Kalau tak di dalam akan lembik



*Tips : Kalau risau hangit, pandai adjust, bakar selama beberapa minit dahulu, cucuk puding roti guna lidi, kalau melekat tu maknanya tak masak lagi, dan masukkan semula, sampai kesemua adunan masak 😊 


7 comments:

Cik Ash said...

nampak sedap nak buat kena fikir dulu.. sebab kat rumah ni mak mentua n suami tak pernah makan benda pelik2 hihihihi

fasha said...

waaa boleh cuba ni..kita siap salin resepi tauu

nohas said...

sedap ni..happy new year..

Farrah MF said...

Ohhhhh my favourite! Nyummm nyummmm!

Pha Is said...

kejap turuorial tudung, kejap resepi.. pergh.. penuh sifat kewanitaan.. sblum ni loqlaq ja.. hehehehe..
jangan marah..

Cik Yaya said...

sedapnyer tgok...
dulu yaya pernah buat jugak ni...
dulu laaaa....time rajin msuk dapo..
skrng...emmmm buat biskut je la bole..haha

dear anies said...

NINA NAK JUGAAAAAAAA

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com