2 December 2016

Resepi Spaghetti Carbonara Mushroom


Assalamualaikum Readers..


Resepi Spaghetti Carbonara Mushroom | Lately asyik share pasal resepi jee. Banyak pending entri resepi sebenarnya, jadi sebelum masuk tahun 2017 nak publish kesemuanya. Hee.. Harapan tu nak update dalam bulan ni, owner blog tengah kusut plan iti, berapa kali ubah, tak dapat nak BW sangat. Oke, ini kali ke 2 nina shared resepi spaghetti tapi yang ni lain sikit sebab guna resepi mak.


Spaghetti Carbonara Mushroom



Spaghetti Carbonara Mushroom, bunyi sedap, yup sedap untuk penggemar spaghetti. Since nina dan bf suka sangat makan tapi terlupa satu hal, dia tak minum susu putih. So, tak digalakkan served untuk kaki tak minum susu. Takut termuntah, nasib mamat ni makan habis. Untuk kaki minum susu, korang boleh try ! 



Bahan pun simple




Bahan-bahan :


1 bungkus spaghetti (ikut berapa org makan)
1 bungkus isi ayam
1 labu bawang besar dicincang
1 cawan susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 tin sos carbonara prego
3 ulas bawang putih dicincang
6 biji cendawan butang
Sedikit daun parsley (optional)



Bila tambah susu, sos prego nampak berkrim


Cara-caranya :


1. Rebus spaghetti seperti biasa tambah sedikit minyak dan garam.


2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.


3. Masukkan ayam, kacau hingga masak. Nina gunakan sosej sebab ayam tak ada. Hee


4. Masukkan sos carbonara kacau bersama ayam tadi.


5. Masukkan mushroom gaul hingga sebati.


6. Bila dah pekat masukkan susu segar sedikit demi sedikit supaya nampak berkrim.


7. Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasanya. 


8. Akhir sekali, letakkan daun parsley di atas sos tadi. Untuk daun parsley boleh beli yang fresh atau serbuk. Janji wangi sos carbonara tu 😉


Selamat makan ! 😁


19 comments:

FarahGlanzDotCom said...

bagus la dah start masak untuk cik abg..hehehe

Cik Itah said...

aww..senyapnya. terus rasa lapar tengok

Unni Anje said...

Sedapnya.. Sejak balik Sabah tak pernah makan lagi

Siti Nurzafirah said...

Tambah susu, lagi lah rasa berlemak kan... mmm

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Nina Mads,

Sedap nampak Spaghetti Carbonara Mushroom Nina masak, menyelerakan..
Bebila boleh buat sebab bahan-bahan pun mudah..
Thanks for sharing.. ;-)

ayunie ramli said...

uihh, meleleh ayaq liur ni haaa. untuk makan malam ok jugak ni. nk try la weekend ni

dear anies said...

bak sepinggan...lapo ni x lunch lg ;-(

LYAfrina said...

cedapnyer..
feberet lya ni..tp x pernah buat

nOe suhaimi said...

mmm nampak menyelerakan...

nohas said...

wahh..very creamy..nyum, nyum..
plan iti?? nak ke mana tu?? happy holiday..

Bunda_nora said...

Salam,
bunda biasa makan yang carbonara ni, tapi blom pernah buat lagi... biasa buat yang spagheti biasa tu jer..nanti nak cuba jugak...

Etuza Etuza said...

sedap juga kelihantannya ya

Pha Is said...

bolognese xde.. ? hehe

Aisya사쿠라♥ said...

senang hidup ada prego XD

Zizie Zack said...

kalau makan spaghetti carbonara, zizie suka gandingkan dengan lemon juice sbb nak elak rasa muak sangat..

Cik Yaya said...

nampak sedap tu..
tq share..
yaya ni xreti masak..haha
bole la try nti.. =p

Nur Fannun said...

boleh lapor kalau time lunch cm ni..huhu

noorhaidaz eyda said...

Sedap niiii... yummy

Cik Ash said...

teringin nak buat tapi kita seorang jh makan xsyok la...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com