19 Mar 2019

Lunch @ KyoChon 1991, Gurney Plaza Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Makan Di KyoChon Korean Fried Chicken, Gurney Plaza Penang | Lamanya tak update blog ni. Agaknya blog ni krik krik sampai ke hujung tahun gamaknya. Nina makan di KyoChon ni bulan 1 aritu, teman mak buyung mengidam nak makan ayam goreng yang sedap tu. Serius, Nina tak pernah tau kewujudan restoran Korea ni sampai blogger Zafirah ajak makan kat sini. Hahaha.. Rupanya dah lama ada kat Malaysia. Sedap ke ayam di KyoChon ni?
 
 
Medium Meal Upgrade RM 43.00 ( 2 Mango Chamomile, 2 Garlic Fried Rice, 2 Clear Soup, 4 Red Sticks) termasuk svc charge RM 4.30 dan tax RM 2.58. Total makan berdua RM 49.90


 
Nina perasan mana-mana restoran Korea di Malaysia ni, kalau nak makan kena booking dulu, kalau tak beratur kemain panjang. Di KyoChon, mereka menjanjikan untuk tidak menghidangkan fast food, hanya ayam segar dengan menggunakan 100% natural ingredients. Kat sini, ada dijual arak juga (bab sijil halal memang Nina tak sure sebab tak nampak, was-was makan kat sini). Ada 4 jenis perisa ayam (soy garlic, red pepper, honey dan salsal). Untuk setiap perisa tu boleh pilih part wing atau drumstick dan pilih size regular, medium atau large.
 
 
 
Ayam best, nak kena repeat ke
 
Mak buyung ni sejak preggy, Nina la jadi tukang bawa makan ke sana sini
 
 
 
Tak sempat nak ambil gambar menu sebab waiter terus sambar lepas kami order. Selain itu, ada juga menu ala carte Korean food di sini macam dakgalbi, bulgogi, teobokki, kimchi fried dan macam-macam lagi. Minuman pun ada macam-macam dari jus buah hingga ke Korean tea. Bila dapat tempat duduk, pelayan akan terus datang tanpa kita panggil. Kadang-kadang lambat sebab tak terlayan, harap sabar menunggu. Dia akan bagi menu dan tolong kita buat pilihan bagi newbie. Yang dah terror order tak kisah.
 
 
Banyak branch di Malaysia, korang boleh google nanti atau cari dalam IG. Tak rugi cuba tapi tulah was-was dengan makanannya.

7 comments:

  1. Rindunya nak makan Kyochon!

    As for the halalness, I think they mentioned about this on their FB post and website. All chickens are halal-certified and the sauces they used are halal.

    However, the restaurants themselves are not halal-certified. And, as you mentioned, some of their restaurants serve alcoholic beverages.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! syaa pun tak pernah try kyochon lagi huargh ! thanks for the review hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hanya mampu tgk je la heheheeh

    ReplyDelete
  4. makan banyak restoran korea di Malaysia nie kan nina..

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan makanan korea

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com