18 September 2019

Laksa Tempurung Ombak Damai @ Gertak Sanggul, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Laksa Tempurung Sedap Ombak Damai Penang | Restoran Tepi Pantai Di Gertak Sanggul, Penang | Laksa Tempurung Sedap Di Penang | Kembali lagi ke sini untuk kali kedua pada 1 September lepas, bawa kawan dari Terengganu makan sebelum depa laki bini pi Langkawi keesokkan harinya. Lepas bawa makan nasi kandaq, kami dah masuk kereta nak gerak nampak artis Waris dengan bini dia baru nak beratur makan nasi kandaq. Kawan pulak dapat surat cinta dari MBPP sebab parking di luar kotak. Time cuti pun kerja ka nak saman orang. Boleh tengok menu apa yang Nina order di sini .


Laksa Tempurung, Cendol Pulut, ABC Buah dan Coconut Shake

Laksa tanpa bawang dan coconut shake sedap!!

ABC buah pilihan Syed, nampak sedap yang pasti licin mangkuk

 
Sebelum ini, Nina pi makan dalam tengahari, tak ramai orang dan tak ada orang mandi dan yang best tu tak payah beratur panjang dan kuah laksa pekat tak ceroi (cair) tapiii bila mai petang punya lah ramainak park tepi jalan pun susahberatur panjang, meja limited dan ramai orang mandi pantai. Haha.. Jadi tips nak makan sini kena awal sekurangnya sebelum pukul 3 ke atas. Boleh makan dengan tenang. Tak dapat nak oder laksa 2 mangkuk. Memang tak puas makan.
 
 
Harga laksa
 
Stall coconut shake
 
ABC sama stall dengan laksa. Cekap dan cepat pekerjanya
 
Kawan kolej Nina dan tunang dari Ganu
 
Badan kami dah naik. Apa lah nasib masa nak fitting baju nanti. Hahah
 
 
Walaupun stall-stall Ombak Damai ni konsepnya layan diri tapi servicenya cepat untuk stall laksa berserta ABC dan Cendol. Kalini Nina cuba coconut shake. Sedap! Di galakkan bawa tisu sendiri sebab kat sini tak provide tisu. Disebabkan kami pi hari Ahad, dapat la tengok live band sambil layan laksa. 
 
 
 
Waktu Operasi :
 
 
Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm
 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm
 
 
Lokasi :
 
 
Laksa Tempurung Ombak Damai
 
P224, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas (boleh waze confirm jumpa)       


 

4 comments:

  1. tuu ida baratoq naa.. laksa penang memang sedap kan Nina :)

    ReplyDelete
  2. salam..hi cik nina..
    wee lama xsinggh sini..update entri pun kurang cmne nk singgh kan..haha
    sedap sgt mknan tu.jaga tau.bju nak fitting dgn encik tunang kang..saiz da lain =p

    ReplyDelete
  3. adoi.. meriahnya dia punya ABC.. Puas makan tu.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hati-hati...satgi mak andam kene tetas jahitan kat baju pulak. hahahah

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com