24 Sept 2019

The Angry Bird Movie 2

Assalamualaikum Readers
 
 
The Angry Bird Movie 2 Review | Lamanya tak review movie, bukan tak tengok wayang tapi malas nak taip! Movie kedua yang sempat layan dalam bulan ni. Nina tengok 15 Sept lepas. Lama tak main game Angry Birds. Mulanya tuning tak nak tengok tapi sebab sayang belanja tengok akhirnya. Movie ini box office sebanyak 123.1 million setakat ini. Sesuai untuk semua peringkat umur. Ramai yang ketawa berdekah dalam wayang tengok kecomelan team Angry Birds.
 
The Angry Bird Movie 2

Misi ke Eagle Island

As a team

 
SINOPSIS :
 
 
Bermula apabila Pig Island diserang dari Eagle Island, di mana Zeta telah melancarkan bebola ais. Telah memaksa Leonard (King of Piggy Island) untuk meminta pertolongan dari Red. Zeta (ketua Eagle Island) telah fed up dengan kehidupannya yang dikelilingi pulau ais dan merancang untuk menembak 2 pulau untuk meluaskan empayarnya dan berpindah ke pulau baru.
 

Mereka ke parti mencari jodoh

Comelkan? Zoe tengok telur adik-adiknya yang terlepas ke laut

Misi ke Eagle Island dengan kapal selam Leonard (Pig)

 
Sementara itu, penonton layan dengan gelagat comel Zoe (anak burung), yang bermain bersama rakan-rakannya menggunakan telur adik-adiknya yang belum menetas di pantai, tetapi telur itu dihanyutkan ke tengah laut. Memang kelakar nak dapatkan telur-telur tu. Misi mereka pun mencabar untuk mendapatkan semula telur-telur adiknya sebelum ibu bapa mereka dapat tahu.
 

Zeta beristirehat. Kelakar pun ada

Tak sangka anjing Zeta bercinta dengan anjing laut

Betul ke Zoe ambil telur adik-adiknya atau telur lain?


Chuck dan Bomb memaksa Red untuk join aktiviti 'Speed Dating' di mana Red terjumpa Silver, adik Chuck yang pandai dalam Engineering. Dan bermulanya misi mereka sebagai satu pasukan yang diketuai Silver untuk menyusup masuk ke Eagle Island dan memusnahkan mesin yang menghasilkan ice ball, dalam masa yang sama Red telah jatuh hati kepada Silver yang banyak bantu Red untuk membuang perangai egonya.
 

Kelakar habis
 
Akhirnya Zeta dan Mighty Eagle kawin. Siapa yang peluk tu?


Tiba di Eagle Island, tak sangka rupanya Mighty Eagle mengaku, Zeta bekas tunangnya dan dia lari tinggalkan Zeta di hari perkahwinan mereka. Patutlah Zeta marah sangat dan Mighty Eagle lari ke bird island. Nak tau lebih lanjut apa yang jadi kena tengok. Berjayakan Red dan pasukannya menyelamatkan kedua-dua pulau?


🌟🌟🌟🌟
 





12 comments:

  1. ala-ala.. comel la pula.. hahaha.. Aritu plan nak bawa amani ngn imani gi tengok, tapi ada hal yang tak dapat dielakkan pula.. Budak berdua tu dah bising nak tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hai nina, maaf saya tak dapat BW buat masa sekarang. tapi saya ada SPECIAL GIFT UNTUK NINA. nanti CLICK LINK INI ya:

    https://aniesandyou.blogspot.com/2019/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
  3. suka sangat dengan gamenya namun belum pernah lihat movienya jadi sedih hikks

    ReplyDelete
  4. ramai cakap best..kite tak tengok lagi kne pi ni

    ReplyDelete
  5. Comelnya. Dulu bukan main famous game angry bird ni.

    ReplyDelete
  6. Belum tengok lagi..so xleh komen pasal movie ni. hihi

    ReplyDelete
  7. Dah lama akak x tengok filem animasi pasal anak2 pun dah besar. Tapi Frozen 2, Insya-Allah akan tengok. ;)

    ReplyDelete
  8. halah.. halah.. tak sempat lagi tengok kartun ini.. best tengok ngan amani dan imani nie.. hehehe

    ReplyDelete
  9. geram tol dengan burung2 kecik tu. gedik !! tapi comel.
    sebenarnya tak tengok lagi yang ni. teringat yang first dedulu =P

    ReplyDelete
  10. best kan cerita ni? walaupun ramai dah tak main game angry bird lg hehehehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com