4 Oct 2019

I'm Yours : Wedding Showcase 2019 Royale Chulan Penang

Assalamualaikum Readers

 
I'm Yours : Wedding Showcase 2019 Royale Chulan Penang | Sudah masuk bulan 'kenduri' atau bulan angkat kuali, tak perlu nak masak sebab jemputan majlis perkahwinan yang bersusun-susun. Buat bakal pengantin mesti sedang mencari pakaian, catering, pelamin dan sebagainya untuk melengkapkan majlis perkahwinan yang hanya sekali dalam seumur hidup.


I'm Yours : Wedding Showcase 2019, Royale Chulan Penang


Program yang berlangsung pada setiap minggu

 
Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi Royale Chulan Penang mengadakan wedding showcasenya bagi memberikan penerangan dan pilihan yang lebih terperinci bagi bakal raja sehari nanti tanpa perlu memeningkan kepala. Ini kerana sebagai salah sebuah hotel yang bercirikan 'heritage' , Royale Chulan Penang merupakan pilihan popular bagi raja sehari sebagai salah satu lokasi untuk kenangan terindah di hari bersejarah mereka.
 
 
 
 
HARI PERASMIAN DAN PEMBUKAAN I'M YOURS : WEDDING SHOWCASE 2019
 
 
 
 
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak Hotel Royale Chulan Penang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu wedding showcase. Nina amat bertuah dapat menghadiri majlis perasmian buat pertama kali. Ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada sesiapa yang berminat untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Royale Chulan Penang. Ini juga peluang keemasan bagi bakal raja sehari untuk mendapatkan promosi dengan harga yang menarik.
 
 
 
Kemain excited adik tunang ni. My official PA for wedding
 
Bestnya! Harga dari RM 1200
 
 
Showcase ini akan berlangsung selama sebulan bermula dari 28 September 2019 hingga 31 Oktober 2019 di Aras satu, Boustead Hall yang telah ditukar menjadi sebuah tempat yang sangat indah dengan dibarisi pelbagai pilihan booth untuk dipilih dalam menyempurnakan majlis perkahwinan idaman. Ini termasuklah photobooth, photographer, florist, hiasan dalaman, pelamin, baju perkahwinan, make-up artist, hiasan meja, booth ice cream dan pelbagai lagi. Hasil kolaborasi bersama rakan hotel sendiri. Menarik bukan? Jom lihat kemeriahan pada hari perasmian.  
 
 


Hassan Abu Bakar Bridal Gallery

LAVA by Vivian Lee

Say Cakes

Merry Me Ice Cream
Yin Photobooth
Yin Photobooth props


Vimas Beauty Studio
 
 
 
Ini antara barisan booth rakan hotel yang lain dan telah menjayakan I'm Yours : Wedding Showcase 2019 di Royale Chulan Penang adalah
 
 
- Glory Florist
- Venus Florist Sdn Bhd
- The Wine Shop
- Love Sweeteners
- Jenny Chin Make Up Artist
- 911 Production
- Sunnysan Photography
- Mangroove Band
- Ray Eoh Photography
 
 
Acara perasmian gilang gemilang I'm Yours : Wedding Showcase 2019 Royale Chulan Penang bersama rakan hotel
 
 
Bridal show oleh Venus Florist Sdn Bhd
 
 
Barisan model Hassan Abu Bakar Bridal
 
 
Antara barisan persembahan bridal oleh LAVA by Vivian Lee
 
 
Cantik gaun bawah yang meleret-leret walaupun nampak ganas . Satu tema yang unik dari Vivian Lee
 
 
Ms. Vivian Lee juga mengadakan persembahan menghasilkan dress makan malam secara live dihadapan para pengunjung malam itu
 
 
Tadaaa dah siap!
 
 
Untuk info semua, selain dari mendapatkan nasihat pakar dan promosi terkini perkahwinan, pengunjung juga secara automatic akan memenangi pelbagai voucher istimewa apabila mengambil pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Royale Chulan Penang. Antaranya voucher penginapan 2 hari 1 malam di Royale Chulan, voucher Royale Spa, Clarena Facial serta diskaun istimewa dari Diamond & Platinum, The Wine Shop dan Say Cakes.
 
 

Jika berminat, segera kunjungi pameran I'm Yours : Wedding Showcase 2019 di Royale Chulan Penang. Gunakan peluang keemasan ini untuk rebut tawaran promosi serta diskaun menarik sempena hari perkahwinan. Jangan lupa untuk menghubungi pihak hotel Royale Chulan Penang!
 

 
Tarikh : 28 Sept 2019 - 31 Okt 2019

Masa : 11.00am - 6.00pm

Tempat : Level 1 (Boustead Hall)
Royale Chulan Penang
No 1 & 2, Pengkalan Weld,
George Town,
10300 Penang.  
 

5 comments:

  1. suka merry me ice cream comei sgtt

    ReplyDelete
  2. semua pun menarik...suka tgk deco dorg...

    ReplyDelete

  3. bila msk hujung tahun siap laa...sana sini event kawen mcm ni... sini pun lbh krg sm je. sana sini sy nmpk banner / bunting event kawen

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com