27 November 2019

Hello Kitty Carrier By McDonald's

Assalamualaikum Readers
 
 
Hello Kitty Carrier By McDonald's | Alamak, harini semua pakat serbu ke McDonald's sebab apa? Sebab Hello Kitty carrier ni lah. Alhamdulillah, dapat jugak walaupun lencun ketiak blogger Anies. Hahaha.. Merengek-rengek dalam wasap mintak tolong belikan carrier ni. Nasib baik dapat. Kita tak guling-guling tau macam yang dikatakan dalam entri. Bulan depan turun Penang, Nina belikan deodorant. Haha.. Terima kasih sebab belikan, itulah bestpren namanya walaupun jarak jauh tapi kalau ikutkan macam sepasang kekasih hari-hari wasap (tunang pun boleh tau, gossip dengan Anies lettew, takda orang lain).


Hello Kitty Carrier McDonald's ni besar juga. Boleh gantung di kerusi kereta tapi 1 carrier per customer only tapi ada di negeri lain boleh beli 2 3 carrier. Maybe setiap branch tak sama.


Sebelum beli kena ambil nombor giliran. Tahniah kepada semua yang sanggup beratur nak membeli

Yippieeeyeayy!

 
Kalau ikutkan bukan seorang peminat Hello Kitty tapi disebabkan satu insiden, air McD tumpah dalam kereta (habis carpet dan berbau kopi) terus rasa pentingnya beli carrier ni. Muka bukan main sombong dan susah nak senyum tapi tengok kereta ada Hello Kitty. So.. peminat HK tu, tunggu apa lagi? serbu McD, kat kiosk tak ada. Kalau restoran McD kat stesen minyak tu, tak sure pulak. Ada masa Nina terjah blog. Busy kerja, tak ada masa langsung nak update blog di ofis.     
    

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com