24 Aug 2014

Review Novel : Cinta Sambal Belacan

Salam Readers..

Novel Cinta Sambal Belacan | Dalam bulan puasa lepas, MPH Bookstore ada buat promosi dan terus beli on9 memandangkan ada diskaun jika beli dengan Maybank2U. Novel ini antara novel terbaik dan terlaris sejak ianya berada di pasaran :) First imperission, covernya tak menarik so don't judge a book by it's cover ye sebab lepas baca, best sangat jalan ceritanya.


Cover novel Cinta Sambal Belacan


Tajuk menarik, jalan cerita yang menarik. Mengisahkan seorang lelaki bernama Tengku Azri Iskandar, yang dijodohkan dengan anak angkat ibunya, Puan Adila iaitu Lily Athira yang baru berusia 17 tahun. Lily ni, walaupun baru berusia 17 tahun, tapi tahu serba serbi. Pandai masak, rajin kemas mengemas. Tengku Azri sejak tamat belajar di Jerman terus membuli Lily. Pandai nak demand lebih2.. Nak itulah, nak inilah. Saja nak uji, betul ke menantu pilihan ibunya perfect. Kawannya cakap, perempuan sekarang ni, kalau masa bercinta selalu tunjuk pandai, sedangkan rujuk buku resepi. Kalau suruh masak on the spot, gerenti tak pandai. So, Tengku Azri menguji Lily buat sambal yang bermacam-macam. Semuanya berasaskan sambal dan bermacam jenis makanan yang lain jika tekaknya inginkan.


Kebetulan, Puan Adila nak menunaikan umrah, maka dipercepatkan nikah mereka. Tengku Azri takdalah pula membantah. Namun disebalik persetujuan itu, Tengku Azri menetapkan perjanjian di antara dia dan Lily, yang akhirnya memakan diri sendiri. Lily dilepaskan tanpa rela demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar di Australia. Kisah percintaan yang unik dan rasanya novel ini membuktikan, air tangan/masakan isteri boleh membuatkan lelaki terpaut, jatuh cinta. Mampukah Tengku Azri hidup bersama anak tanpa Lily Athira disisi??

Favourite part : Bila Tengku Azri masuk hospital sebab stroke dan doktor yang merawat ialah bekas isteri, Lily. Masa itu, Lily membuli Tengku Azri supaya anggota badan sebelah kiri yang lumpuh tu boleh bergerak semula. Ada banyak nilai kekeluargaan dalam novel ini dan boleh kita contohi especially menjadi pembakar semangat untuk jadi gadis yang se-perfect Lily Athira :)

10 comments:

  1. Hehe tgk tajuk sambal belacan je terus terpikat nih...sbb memanf suka sambal belacan ;)

    ReplyDelete
  2. Hehe tgk tajuk sambal belacan je terus terpikat nih...sbb memanf suka sambal belacan ;)

    ReplyDelete
  3. Hehe tgk tajuk sambal belacan je terus terpikat nih...sbb memanf suka sambal belacan ;)

    ReplyDelete
  4. kahkah tajuk dia mmg terbaikkkkkkk lahh.. jalan cerita pun not bad lorhh.. hoping dapat baca novel ni nnti. kononnyaaa =p

    ReplyDelete
  5. uishhh macam best je. keluaran terbaru ke? nak cari juga lah. heee

    ReplyDelete
  6. agk nyer x lama lagi jd drama plak

    ReplyDelete
  7. Rasa macam nak beli gak novel nie ^_^

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com