23 May 2016

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia


Salam Readers..


Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Pertama Malaysia | Nasib baik sempat balik Malaysia dan tonton final rancangan Clever Girl Malaysia. Dah tamat malam tadi dan tahniah buat peserta Clever Girl dari Kelantan yang dipilih sebagai juara. Program CGM mewakili 14 peserta dari seluruh negeri dan peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Hanya 4 peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap. Boleh baca sini "Biodata CLEVER GIRL MALAYSIA" .


Juara Clever Girl Malaysia 2016

Fatin Juara Clever Girl Malaysia



Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM 100,000 dan trofi selepas menewaskan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor), Mary Josehine Muhammad Houston (Mary, Pahang) dan Lam Wai Chuin (Jane, Perak). Arina dinobatkan sebagai Naib Juara dan menerima wang tunai RM 10,000.




Rancangan realiti Clever Girl Malaysia 2016



Pemenang game show TV3 ini tidak ditentukan dari undian SMS ataupun juri professional tetapi berdasarkan kebijaksanaan peserta menjawab soalan kuiz yang sudah disediakan setiap minggu. Semua soalan kuiz disediakan oleh Menda Malaysia (The High IQ Society)

5 comments:

Azlan Strider said...

rancangan ini bagus cuma pada awal season jer ada skit kontroversi tentang soalan2 yang ditujukan kepada peserta. namun towards the end orang kata dah okay skit dah..

Regards,
-Strider-

dear anies said...

cantik org nyer kannnn

izzeyda said...

suka dengan pemenang Fatin, Clever Girl nih..

el said...

wahh tahniah..xsempat nak tgk..

Anonymous said...

Keeep this going please, great job!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com