28 Jun 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Ben Thanh Market

Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : BEN THANH MARKET SHOPPING TIME DAY 1 (PART 2)


Masa yang ditunggu si kaki shopping telah tiba. Kita tahu maksud 'BENTAN' tu untuk orang tengah berpantang. Hahaha.. Takda kena mengena ok. Lepas kami selamat touchdown Saigon, airport HCM besar lah juga, WiFi pulak jenis pilih fon baru boleh connect, tandas takda pili, so prepare botol kosong sesiap. I is tak selesa main lap-lap. Haha 



Muka bahagia?

Menaiki van yang sangat selesa. Eh ada orang excited sampai mata terpejam



Dah selamat naik van, tour guide, En atau abang Soleh memberi berpatah-patah kata. Dia terangkan segala pasal HCM dan tips tengah untuk bershopping. Btw abang Soleh ni fasih juga cakap bahasa Melayu loghat Vietnam. Sebelum ke sana, survey blog-blog banyak cakap benda negatif jadi risau juga tapi kita tawakal jelah. Bila van masuk simpang di celah-celah rumah orang, hati dah cuak. Rupanya kami ke kilang kain. Kat sini semua baju dah siap jahit dan terima RM ! Bagi yang nak shopping tu, lega lah. Kami tak sempat tukar duit Dong.




KEDAI KAIN LINHDA




Linhda Wholesale, shop lot rumah 4 tingkat

Selfie di depan pintu masuk sementara nak keluar




Kilang kain ni tak lah bangunan macam kilang tapi macam shop lot juga di rumah 4 tingkat, setiap tingkat ada pelbagai jenis baju yang bisa membuatkan purse nipis. Rasanya kilang jahit tu jauh dari District 1. Bila kami sampai kat sini, ramai juga rakyat Malaysia yang shopping. Buat manusia berdua ini, bukan kain yang dicari tapi Wifi ! Haha.. Jenis tak boleh berpisah dengan teknologi. Biar gambar yang berbicara. Rambang mata kalau ke sini. Jangan terkejut kalau baju-baju yang dijual kat sini sebiji macam baju butik di Malaysia dan harga jauh lebih murah.




Jubah dan Kurta lelaki dengan pelbagai design dan harga

Baju kurung banyak pilihan

Kami yang tak shopping ni kalau dapat Wifi dok sibuk reply Whatsapp. Teruk perangai manusia yang tak boleh move on dengan teknologi. Hihihi

Baju manik memang lawa

Baju kurung siap jahit

Pilih jangan tak pilih

Juling mata tengok design




BEN THANH MARKET




Dah settle 3 orang kawan shopping, kami pun terus ke hotel untuk check in, lepas tu keluar ke Ben Thanh Market yang terletak di District 1. Ben Thanh ada 4 pintu masuk utama dan kalau terpisah memang susah nak cari kawan tu. Ini lah syurga membeli belah buat rakyat Malaysia ! Dalam perjalanan boleh tengok rakyat Vietnam pulang dari kerja menaiki moto saja ye cuma jalan berdebu dan sebab tu depa pakai face mask. Senario di sana, kurang kereta dan tak ada polis traffic.




Rakyat Vietnam balik kerja



Kami singgah shopping sikit di simpang jalan depan Ben Thanh dan dan benda pertama yang kami serbu bila abang Soleh tunjukkan kami 'Nealofar tepi jalan'. Omaii dari seberang jalan dah nampak tudung bergantung dengan pattern lawa. Kak Farah and the geng berebut-rebut tudung. Hahah.. Kelakar, gelak-gelak kat orang lepas tu diri sendiri tumpang beli 2 helai. Bayangkan dalam masa beberapa jam, kami dah berjaya angkut separuh tudung kecuali Anies. Nasib lah tour guide jenis sabar menanti. Dalam sibuk shopping pun dia still pesan jaga beg, takut juga kalau jadi apa-apa. 




Nealofar tepi jalan dah licin dikerjakan kami. Nampak ori

Sorang pegang cermin, sorang lagi belek apa tak tau

Kalau ke sana sila cari muka akak ni. Untuk kami dia bagi diskaun sebab borong banyak

Dah sampai wajib pekena tau. Kami serbu abang ni. Sila cari muka ini. Yang dah ke sana mesti kenal? Secawan RM 3 (20,000 VND)

Sengih dapat minum Kopi Susu Vietnam. Belakang tu Ben Thanh Market. Kata tour guide, ini Ben Thanh baru yang lama dah tak ada lagi.



Dah habis shopping tudung, sempat beli souvenir sikit di kedai sebelah, pujuk dengan lemah lembut dapat diskaun. Haha.. itu trick tau. Kalau ke Vietnam, WAJIB pekena Kopi Susu. Kami pun stay situ sampai ke malam. Baru teringat makan nasi masa dalam flight. Abang Soleh ajak makan di Restoran Hajah Basiroh dan dia tinggalkan kami. Balik ke hotel nanti naik teksi. Berapa kali dia pesan naik teksi VINASUN. Lebih mudah depan Ben Thanh bersepah teksi tu. Jangan tertipu pilih teksi sudah. Kalau takut sila cari staf VINASUN di tepi jalan yang memegang kertas dan pen. Pakai baju hijau lumut.



Restoran Halal banyak, cuma perlu pilih nak makan di mana, harga lebih kurang

Penantian satu seksaan dengan perut lapar, masak apa pun tak tau lah. Yang pelik dapur kat atas kedai. Haha



Sementara tunggu night market, nak tunggu nasi pon hampir sejam dengan perut lapaq, sempat selfie dengan tudung Nealofar, whatsapp kat kawan. Haa nangis bila ramai nak nak order. Benda paling mahal kat Vietnam ni ialah Nasi. Sepinggan sampai berbelas ringgit. Nangis tengok buku menu. Sob.. sob. Lupakan pasal nasi, nasib diri jenis tak makan nasi pon boleh hidup. Haha.



Sempat snap buku menu. Nangis tengok harga. Ini baru makanan, harga minuman tak termasuk

Nasi goreng udang 700 VND (RM 14) nasib air kopi masih ada


Perut dah kenyang meh kita balik

Night Market di Ben Thanh. Lebih kurang macam pasar malam sini


VIDEO SUASANA NIGHT MARKET




Malam tu baru kami tukar duit. Ini money changer. Sempat lagi Anies snap


Landing atas katil dan verangan jadi jutawan dengan sejuta VND


Dah selesai dinner, sambung shopping lagi. Rasa macam shopping kat jalan TAR. Majoriti 90% rakyat Malaysia datang shopping sini. Tak terasa langsung macam kat Vietnam. Nina dengan Anies dah surrender. Nasib disepanjang night market ada kerusi, bedal jelah. Sebelum balik hotel, kami singgah money changer. Merasa jadi jutawan malam tu. Haha.. Nak balik hotel, bagi je kad senang la hidup kami dan hidup driver teksi. Hehehe


VIDEO SUASANA HO CHI MINH WAKTU MALAM




Bersambung nanti, sibuk buat biskut raya. Hehe



24 comments:

  1. Amboi kemainnnnnn shopping sakan.. Bestnyeeee.. Tp betul laa.. Dh byk jugak bace pasal kes2 rakyat malaysia pegi vietnam nie..

    ReplyDelete
  2. Wow... Menggoda betul tgk harga2 baju dia.. not bad.. Memang sakan shopping lah kalau gi sini..

    ReplyDelete
  3. mn ada tido? kite tgh khusyuk berzikir tu hahahah

    tgk muka akk naelofartepijalan tingat tudung farah n nadia yg krg tu huhuhu....

    ReplyDelete
  4. bestnyer shopim..puas hati..woow..naelofar pom ada... y fake punya kan??

    ReplyDelete
  5. wow sakannyaaaa Nina !! tengok Neelofar tu dari xmo pun terus sangkot.. kalo CT pun rembat gak agaknya haha.. kaler dahla best2.. memang untung shopping ngan RM ke Dong ? mana lagi berbaloi ?

    ReplyDelete
  6. pergh baju selai RM20 mana x rambang mata weh.. balik p opis baju baru jee sokmo kan hehe.. memang terbaikla.. borong sakan. jahitan diorang kemas x ?

    ReplyDelete
  7. hahaha.. jutawan ye... nasib baik tak post gambar jutawan tu kat sana.. kalau tak, mesti kena sergah...

    ReplyDelete
  8. Seronok shopping nmpk cik adik kita ni

    ReplyDelete
  9. harga dalam RM? nampak beno org msia suka shopping sana :)

    ReplyDelete
  10. nak amin kan gambar kat bawah tu ... mana lah tau verangan jadi kenyataan suati hari nanti kan :)

    ReplyDelete
  11. kat kedai kain yg kita singgah tu kita bkn dok shopping pun..bantai lepak siap baring layan wifi free...muahaha.. aduiii teringat roti canai tulurrr vietnam la..

    ReplyDelete
  12. Shopping kat ben thanh market masih terima RM lagi.

    ReplyDelete
  13. Boleh tahu transaksi masih menerima RM ke

    ReplyDelete
  14. Hajar Azahar : Yeee shopping boleh dlm RM kecuali teksi dan makanan

    ReplyDelete
  15. Inspiring quest there. What occurred after? Take care!

    ReplyDelete
  16. I'm really enjoying the design and layout of your blog. It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me
    to come here and visit more often. Did you hire
    out a developer to create your theme? Fantastic work!

    ReplyDelete
  17. salam boleh saya dapat kan contact travel guide u? blh awak email pada sya ny_dwan@yahoo.com . terima kasih

    ReplyDelete
  18. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was good.

    I don't know who you are but definitely you are going to a famous
    blogger if you aren't already ;) Cheers!

    ReplyDelete
  19. hi..boleh share tak contact travel guide yg bawa van tu? sya nak kn vietnam december ni tapi belum ada ideanak pergi mana. my email : sehidah281@gmail.com.
    Tq sis in advance

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Adek kakak yg comel loteh selamat sampai kembali dari bercuti di Ho Chin Min, boleh kongsi pengalaman nak buat bisnis kelapa muda berapalah agaknya harga sebiji yer! Jika beli kapasiti banyak (500 - 600) bape regenya n cara penghantaraan? Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Hai..boleh tak awk share contact travel guide yg bawa van tu? my email : wanhusna87@gmail.com.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com