31 Jul 2016

Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun!


Salam Readers..


PHANTAMANIA, PENANG
Trust No One, Just Have Fun!


Phantamania Penang : Trust No One, Just Have Fun! sebuah tarikan terbaru di Penang ! Lamanya tak bersiaran. 30 Julai, Semalam team Projek Blogger Utara dijemput untuk review Phantamania, sebuah tempat untuk korang berselfie puas-puas 📷 Kawasan yang strategik dan terletak di Lebuh Victoria dalam bandar Georgetown yang dikelilingi Street Art Penang. Sangat sesuai kalau nak habiskan masa korang di Penang 😄



Entrance PhantaMania Penang

Aktiviti selfie yang boleh korang buat di Phantamania


Sebelum masuk kami dipesan supaya berjalan masuk jangan guna muka, tapi guna tangan 👋 Bunyi macam pelik dan suspend je kan. Rupanya jalan masuk penuh dengan cermin, memang kalau guna muka habislah kemek hidung. Kena la meraba setiap jalan tu sebelum keluar dari kawasan cermin.



Muka flawless. Eh tak ada kena mengena. Haha

Ada 4 orang je tapi cermin beranak jadi banyak. Hihi



Kami semua masuk serentak siap bagi laluan untuk pelancong Africa dan Timur Tengah dulu. Dalam cermin tu memang kita akan nampak orang macam dah dekat, sebenarnya tak pon, bersimpang siur lagi nak sampai, semuanya kerana pantulan ilusi dari cermin tu, jadi jangan percaya dan tertipu ok.



Fuhh lap peluh bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kena cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar dan cermin. Staff di sini semua peramah dan sedia untuk ambil gambar korang. Staff akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap section ada arahan bergambar macam mana nak beraksi.



Banyak kembar kami. Haha

Bukak la pintu kami datang nak duit raya

Serius suka dengan deco Phantamania ni. Rasa macam ada di istana

Zaf nak culik masuk dunia Doreamon

Cantikkan! Suka masuk dalam ni

Gambar paling rare hasil tunjuk ajar staff Phantamania. Bergayut betul

Kemain Zaf nak terjun masuk perigi. Haha



Sesi bergambar di tingkat atas pula. Selfie sampai lebam. Kena guna khidmat staff yang berpengalaman dengan gaya kami tersendiri baru jadi ngam dan menjadi. Patut kena study dulu sebelum selfie. Bahagian atas ada style lain pula. Memang rasa nak kena cuba semua 😎



Eh macam mana boleh merangkak ni

CP jadi tahanan ok. Kejam sungguh bebudak ni

Kesian Princess Perigi. Nak tergelak habis selfie dengan budak ni



FREEZAMANIA



Sebelum masuk ke freezamania disko dulu



Ini tempat paling best! Sejukkk tau, dah nama pun Freezamania ❄⛄ tapi tak ada sampai tahap mengigil. Rasa sejuk macam 14 celcius je, main agak. Hehee.. Kat dalam ni masuk terus jumpa lampu disko, ada igloo, orang salji, 2 orang tentera berbaju besi, paling best katil dan bermacam lagi. Siapa yang pakai baju nipis tu agak sejuk la sikit. Hehe..



Berkelah sat dalam Igloo. Hahaha

Mandi ais ke bang? Haha

Duduk dalam ni lagi sejuk

Masalah rumah tangga.. Haha

Nak sampaikan ucapan salam perantauan, rayakan dah nak habis


Dah habis round dalam kawasan sejuk ni terus keluar. Paling lama dok dalam ni sebab sejukkan. Tak lah panas sangat. Syok je selfie, masing-masing nak selfie sampai dapat gambar paling cool lah. Selesai dah tawaf bangunan 2 tingkat. Tetap rasa macam tak puas. Heheh 🙈



Macam-macam gaya selfish ada


Terima kasih buat Encik Rizal dan semua staff Phantamania yang melayan kami. Happening sangat! Kalau ke sini jumpa pelancong obersea tu dah lali sangat. Dorang pun sibuk nak selfie, dari situ boleh exchange style selfie. Hahaha.. By the way, dah alang-alang masuk ke sini jangan lupa terjah Cool Ghost Museum di Lebuh Melayu memandangkan under satu company. Bolek klik SINI 🎃



Phantamania info


PHANTAMANIA, PENANG

 Alamat : 193, Lebuh Victoria,
10300 Georgetown, Penang.

 No. Tel : 04-263 3193

Masa Operasi : 10 am - 7 pm pada setiap hari

Tiket Masuk : (Harga Promosi Pembukaan) 
Dewasa - RM 19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 12

(Harga Biasa)
Dewasa - RM 28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma




17 comments:

  1. menariknyaa.... saya baru first time dengar. boleh la masuk dalam list.

    ReplyDelete
  2. Best kan kat sini..macam-macam gaya bergambar

    ReplyDelete
  3. kenapa pic yg lampu2 neon berkelipan tu memikat kalbuku..hahaha

    ReplyDelete
  4. kenapa kena terjun dalam perigi ?sobb

    ReplyDelete
  5. paling best area freezamania
    fefeling duk obersea

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nina,

    Seronok sis tgk Nina menggayakan post 3D, tang bergayut tu nampak real.. Best..best.. :-)

    ReplyDelete
  7. amboi gambar dalam perigi tu.. hahaha

    ReplyDelete
  8. gambar bergayut tu paling win...hehe...

    ReplyDelete
  9. smpi bla promo tu? kalu smpi akhir thn dan lg nk trn penang ;-)

    ReplyDelete
  10. Bila la terlepas ke Penang nanti nak pi sinilah.
    Hurmmm... ntah bila la tuh!? sebab last year dah pi penang.

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaaa! Menarik tempat ni. Siqah save dulu.. Nanti kalau ke Penang boleh singgah sini. Walaupun tak tahulah bila. Hehe..

    ReplyDelete
  12. bestnye... leh join event camni..untung...
    byk tmpat best kat peang..lma sgt dh x jejak kaki kt sana..hope ade rezeki nk g jln2 sana

    ReplyDelete
  13. Tak rugi gi Penang . byk doh tarikannya ...

    ReplyDelete
  14. hahahahahaha semua gambar lucu2 dan menarik

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com