17 May 2019

L'Occitane Shea Butter Hand Cream Review


Assalamualaikum Readers
 
 
L'Occitane Shea Butter Hand Cream Review | Kembali bersiaran dari kak Nina pom pom. Ok kali ni nak review satu lagi produk yang paling palingggg suka! Yang mana sedia maklum 'majlis' bulan 7, muka nak kena jaga, gigi nak kena putih berkilat dan tangan haruslah lembut. Walaupun dah berkali salam mama bf tapi biarlah ini kali lembut sikit. Hahaha.. Dah ler driver company cakap tangan ada urat. Damn! Dia ingat duduk rumah belek fon je ke?


L'Occitane Shea Butter Hand Cream RM 46.00


L'Occitane shea butter hand cream ni ada 2 jenis botol. Nak mudah di bawa kemana saja maka Nina pilih yang botol kecik. Senang letak dalam handbag. Brand dari France ini dah bertahun-tahun kekal di pasaran antarabangsa. Hasil dari baca review ke review, memang tak salah pilihan Nina. Ramai yang sukakan krim tangan ni. Boleh beli di L'Occitane kiosk atau pun beli secara online di website L'Occitane . Nina prefer beli di Hermo.my sebab boleh beli saiz kecik.



Lembut, Wangi dan cepat menyerap. Pakai sebelum tidur


Apa yang best :

-  Sesuai dijadikan sebagai hadiah atau hantaran buat orang yang tersayang.  
   Ada set setiap jenis krim tangan.


-  Sesuai untuk jenis kulit kering, kulit tangan merekah. Bila pakai tangan akan
   lembut dan lembab.


-  Sesuai untuk kaki travel. Jenis krim tangan yang tak mudah melekit dan 
   cepat menyerap. Ada juga pengguna pakai di bibir. Boleh apply di mana saja
   anggota badan yang kering.


-  Suka bau, memang wangi. Nina akan apply sebelum tidur, tambah-tambah
   waktu siang kerja dalam aircond, kulit tangan akan cepat kering dan tapak
   tangan merekah.

 


4 comments:

  1. Ehem, kena cuba dapatkan and try ni hehe. :) Thanks for the review awak.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/book-review-puaka-bundle-by-ayda-arianna.html

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm best, yg penting wangi . Hehe :)

    ReplyDelete
  3. jgn tersapu kat roti sudahlah yaa haha

    ReplyDelete
  4. Kita teringin nak cuba at least one L'Occitane products tapi takut nak masuk kedai.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com