Assalamualaikum Readers
Resepi Sup Makaroni Simple | Sup Makaroni Sedap | Di entri lepas, Nina ada mention nak share resepi pertama yang dimasak untuk bakal family in law. Biasa-biasa saja. Benda pertama kena tau depa suka makan apa, macam tu lebih mudah nak masak apa kan? Bila tau mama bf suka makan / masak apa di rumah, Nina pun teringat nak cuba resepi baru yang mak belajar di kelas main masak memasaknya.
Resepi Sup Makaroni |
Dalam keluarga bf ada 3 adik perempuan (2 suka pedas, sorang kurang makan pedas). Ada jugak geng. Hehe.. Plan asal nak bagi mama dengan abah bf saja yang makan, tak sangka adik-adik tolong habiskan. Macam nak kena masakkan lagi. Haa.. Kalau tau budak-budak tu ada kat rumah mesti masak lebih sikit. Resepi ni simple nak masak. Sapa-sapa pun boleh cuba masak lepas raya laaa...
Bahan-bahan untuk sup |
BAHAN-BAHAN
(UNTUK 3 ORANG MAKAN) :
250gm makaroni (Direbus)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu the herba campur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
250gm sayur campur (lobak, jagung & kacang peas)
200gm udang @ isi ayam
2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Herba campur akan ditumbuk dulu |
CARA-CARANYA :
1. Makaroni di rebus dahulu dan toskan
2. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, kemudian masukkan sos cili, tomato, sos tiram
Tumis bawang dulu |
Main campak-campak sos |
Rebus sayur campur dan isi ayam |
3. Bila dah garing, masukkan air dan masak hingga mendidih
4. Kemudian masukkan herba campur, isi udang atau isi ayam dan sayur campur
5. Tepung jagung di campur dengan sedikit air dan di kacau sebati, lepas tu masukkan ke dalam sup tadi untuk pekatkan kauhnya.
6. Masukkan macaroni ke dalam sup dan siap untuk dihidang.
NOTE : Kalau nak makan serta merta sesuai masukkan macaroni terus ke dalam sup. Jika nak hidangkan untuk orang atau nak bawa bekal, elok asingkan kuahnya.
masak utk sahur pun best ni..
ReplyDeletetentunya sedap
ReplyDeletesedapnyaa. tngok pulak pagi2 mcm ni. haha
ReplyDeletewahhhh.. sedap ni :)
ReplyDeletealahaiii terliur datang blogwalking di sini.. heheh
ReplyDeletesedapnya,boleh buat menu buka puasa ni
ReplyDeletegeng2 x suka pedas bolehlah try msk then hntr ke sini semangkuk eh ehh
ReplyDelete