Assalamualaikum Readers
Bandar Agacia Ala Disneyland Di Kampar Perak | Pernah ke sini? Viral dari tahun 2017 kalau tak silap. Bandar ala-ala Disneyland dan berwarna-warni, nampak lawa bagi yang belum jejakkan kaki. Di sini sesuai untuk berselfie sebabnya kawasan hanyalah bangunan kosong tak berpenghuni dan ada sampah sarap.
|
Pekan koboi yang tak berpenghuni |
|
Bandar Agacia sesuai untuk selfie dan photoshoot |
Bandar Agacia juga dikenali sebagai 'The Trails of Kampar', lokasi yang menggunakan idea sinonim dengan pembangunan 'The Trails of Redmond', Washington. Dijadikan cerita, bulan 3 lepas, Nina dan bf ke Klang untuk fitting baju tunang dan bincang style baju yang Nina nak. Alang dah masuk Ipoh, terus pujuk bf singgah Kampar. Katanya nak buat apa? bukan ada apa pun. Singgah semata-mata gf nak selfie. Hadoi.. Terima kasih dear, jasamu dikenang.
|
Bandar Agacia ala Disneyland |
|
Cantik tapi lama kelamaan akan menjadi using kalau majlis perbandaran tak jaga kebersihan |
|
Di depan kedai yang dah tutup, macam tak ada orang datang makan pun |
Kampar ni hanyalah daerah yang kaya dengan bijih timah dimana pelombong China dibawa oleh British, jadi jangan expect Bandar Agacia ni senang nak cari kalau tak guna waze. Kena masuk dalam. Sabaq jalah sebab first dan last singgah. Memang takkan pi dah. Bila sampai, harapan menjadi layu. Dalam gambar dan reality tak seindah rupa. Bukan Bandar Disneyland tapi Cowboy. Masuk kereta, dari Kampar ke Rawang kena berleter. Serius rasa menyesal, tak singgah pun tak apa. Sob.. sob.
cantiknya... pernah lalu kat sini tp tak singgah kat bandar agacia ni...
ReplyDeleterugi kan dah bina elok2, takde orang..yg takut jd sarang penagih...
ReplyDeletevenue MV lagu "Road block Hatiku"
kalau bawa geng yang memang suka tangkap gambar juga best lah. kalau tak suka, memang tak best hahaha.
ReplyDeleteCANTIK.. dh pernah sampai kampar tp x ssempat lg ke situ
ReplyDeleteTak pernah smpai lagi kt sini. Hehe
ReplyDeleteCantik sebab warna warni tu kan.. Memang serous pekan ni xdak org duduk ka nina.. Sound scary for me
ReplyDeleteTak pernah sampai sini lagi...masuk wishlist!!
ReplyDeleteCantik sekali dan .. penuh warna, kak.
ReplyDeleteCocok sekali untuk photoshoot dan lokasi fefotoan buat nambah feeds ig 😊
buat photoshoot kt sini mesti cntik. bestnyeee
ReplyDeletecantik ape...hope akan dikekalkan lagi..nice place utk photoshoot ni
ReplyDeleteHahahhaa... sabar yolah.
ReplyDeleteNak selfie punya pasal ye...
Kalau Mrs. A sure kena bahan bukan setakat Mr. A plus anak-anak sekali phew! jiwa kena kental
kita baru tahu lah tentang kewujudann bandar ni.. menarik ni
ReplyDeleteXperasan lak de pekan nie..br tahu kewujudan pekan nie...mngkn xde bt hebahan dan viral psl tmpt nie..kalu de pasti gempak jd tmpt perlancongan..
ReplyDeletesayangnya x dibangunkan dgn baik. tmpt dah cantik tapi....
ReplyDeleteTapi kalau tengok dalam gambar orang lain, semua pun nampak cantik je tempat ni.
ReplyDelete