26 May 2024

Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick

Assalamualaikum readers


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick | Finally jumpa mask yang jenis stick! Kecik dan mudah dipakai. Mask skintific ini ada 2 jenis, untuk pores dan jerawat. Jadi untuk kulit muka Nina yang tak ada jerawat boleh guna yang ini. Menarik betul siapa yang cipta clay stick macam deodorant.


Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick - RM 26.40 



Skintific Alaska Volcano ni sesuai untuk kulit yang ada pori besar, blackhead dan whithead kecuali berjerawat. Tekstur clay mask ini agak lembut dan disapu ke wajah. Ia tidak terlalu pekat atau cair. Bau mask ini agak seperti tanah liat tapi tidak menusuk ke hidung.



Guna dari 28 April 24, 2 kali seminggu dan bilas guna air suam.

Guna hingga 26 Ogos 25, saki baki mask tak boleh guna, 1st and last, takkan beli dah. Tak mesra pengguna, nak kena korek sapu guna jari, lebihan mask jatuh ke bawah.


Apabila disapu ke wajah, clay mask ini rasa sejuk. Ia tidak menyebabkan iritasi atau rasa pedih pada kulit. Selepas guna, kulit terasa lebih segar dan bersih. Mask ini berjaya menyerap minyak berlebihan di T-zone, pori-pori di kawasan hidung dan pipi kelihatan lebih kecil. Sangat recommended dan mesra travel.

16 May 2024

Review Seborin Aktiv Hair Tonic

Assalamualaikum readers


Review Seborin Aktiv Hair Tonic Untuk Rambut Gugur | Simptom rambut gugur lepas bersalin anak kedua tahun lepas, terus cari alternatif. Maka jumpa ramai review kata best hair tonic ni. Alhamdulillah bangun tidur dah kurang rambut gugur.


Seborin Aktiv Hair Tonic - RM 20.90 (300ml). Beli di Shopee lebih murah, beli spray di Mr.Diy


Produk ini merupakan produk import dari Jerman. Seborin aktiv hair tonic dari Schwarzkopf ni sangat sesuai kepada yang mempunyai rambut nipis dan mudah putus (weak hair). Kesan pemakaian dalam masa seminggu dan nampak pertumbuhan anak rambut.


Kebaikan hair tonic ini ialah :


- Dirumus untuk bantu pertumbuhan anak rambut baru.

- Formula yang menyihatkan kulit kepala.

-  Dapat kurangkan masalah kelumumur.

- Sesuai untuk berambut nipis dan botak.

- Boleh tahan sehingga 5 bulan bergantung kepada penggunaan.



Tonic ini digunakan selepas mandi. Pastikan rambut kering dahulu, baru spray ke kulit kepala. Biarkan dalam 1-3 minit sambil urut kepala dan rambut supaya ia meresap dengan baik. Tak perlu bilas. Nina guna 3 kali seminggu sebelum tidur. Ada bau macam ubat sikit tapi bila spray di rambut rasa sejuk.

14 May 2024

Sedap Ke Air Chagee?

Assalamualaikum readers


Sedap Ke Air Chagee? | Sempena pembukaan outlet Chagee yang baru di All Season Place, Air Itam, Nina pun tak ketinggalan mencuba sebab packaging air lawa, collaboration bersama Duck. Memang tak pernah beli brand tudung Duck sebab mahal namati 😅 Golongan T20 mampu lah.



Air Chagee ni berasaskan teh dan susu, kalau sejenis tak suka bau teh yang sedikit wangi tu lupakan saja sebab lepas minum teh ni memang wangi sangat. Nasib boleh minum sampai habis. Hanya jual air tanpa makanan ya.



Untuk beginner, Nina cuba dua jenis air iaitu Jasmine Green Milk Tea (RM 13.90-large) dan Peach Oolong Milk Tea (RM 11.90-regular). So far kedua-duanya boleh diterima tekak. Air tak manis sangat, mild sugar. Sesuai untuk orang yang tengah diet. Yang belum pernah cuba silalah cuba. 

12 May 2024

Pusat Pergigian Kanak-Kanak, Pulau Pinang

Assalamualaikum readers


Pusat Pergigian Kanak-Kanak, Pulau Pinang | Bukan mudah ya nak pujuk anak gosok gigi 2 kali sehari lebih lagi Harraz dah cerdik, semua benda kena tunjuk gambar, psychology baru menjadi itu pun tak makan saman. Dia lari keluar bilik, kena marah pun sengih lagi hingga penghujung bulan April, setiap malam mengadu sakit gigi 😔 Kanak-kanak bawah usia 5 tahun tak boleh cabut gigi ya. Gigi belum matang.


Mula-mula ok lepas gigi kena korek terus takut, terpaksa baring sekali. Nurse pun baik tapi sayang next appointment dia cakap dah tak ada, balik JB.


Mula menangis/meraung dari pukul 1 pagi hingga ke Subuh, setiap hari. Tiap kali badan panas, mesti menangis non stop sebab gusi bengkak dan ajak Nina gosokkan gigi. Letih jangan cakap, kurang tidur kena bangun pi kerja pulak. Sampai satu tahap, tak boleh biar ni, makin berlubang gigi. Dalam seminggu susut badan sebab kurang makan.


Timeslip untuk manager


Akhirnya ada doctor suggest bawa ke sini sebab peralatan canggih dan bayaran hanya RM 1 untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Nasib baik ada klinik kerajaan. Alhamdulillah lepas ni nak cuci gigi boleh walk-in dan daftar di kaunter, buat bayaran dan setiap bulan boleh buat rawatan gigi. Masa Nina sampai tu ada budak-budak SK tunggu van klinik hantar balik ke sekolah, kalau dulu zaman sekolah rendah sampai menengah, doktor dan nurse yang datang ke sekolah, hanya sekolah-sekolah yang berdekatan dengan Hospital Pulau Pinang saja.


Pusat pergigian ni besar ya dan bila masuk tu rasa macam masuk hospital. Buka dari 8 pagi hingga 5 petang

Gambar google

Malam tu barulah anak dapat tidur yang cukup. Style tidur pun sweet.


Alhamdulillah, Harraz bagi kerjasama sepanjang proses cuci gigi dan tampal gigi yang berlubang tu sampai tertidur. Kesian letih tak cukup tidur. Mudah lepas ni nak bawa dia check up gigi, nurse pelatih dan doktor pun baik layan kerenah Harraz. Pengalaman pertama anak jumpa doktor gigi. Lepas ni masuk sekolah dah tak takut. 

7 May 2024

Fine Bone China

Assalamualaikum readers


Fine Bone China | Akhir zaman ni kalau boleh banyakkan amalan membaca dan buat kajian, macam slogan sekolah Nina dulu "berilmu beramal" sebab zaman sudah ke penghujungnya. Nina masih belum buat spot check pingan mangkuk mak, kalau ada perlulah dibuang.


Fine Bone China


Fine Bone adalah tembikar cina. Material dari 50% debu tulang, 25% kaolin dan 25% batu Cornish. Menggunakan tulang haiwan yang dipanaskan dengan suhu tinggi. Berdasarkan fatwa dari pejabat JAKIM, mengikut mazhab shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone China dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah tidak berlaku.


Walau diperbuat dari apa sahaja tulang, datangnya dari tanah cina, rasa was-was, elakkan daripada beli dan guna walaupun design cantik. Kerana tulang tidak boleh disamak.

2 May 2024

Review Filem Siksa Neraka (2023)

Assalamualaikum readers


Review Filem Siksa Neraka (2023) | Busy kerja dan rumah tangga sampai tak ada masa nak layan Netflix. Suka tengok filem Indonesia, terus meresap keinsafan dalam diri. Harraz pun tengok tapi bila scene seksaan tu dia tutup muka dengan bantal 😂




SINOPSIS :


Mengisahkan Zakir, seorang ustaz yang disegani dan dihormati penduduk kampung. Mempunyai empat orang anak; Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah. Sejak kecil lagi, Zakir sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya dalam agama.




10 tahun kemudian, suatu malam, empat beradik ini keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka yang ketika itu keluar menziarahi orang meninggal. Mereka mengambil jalan pintas menyeberangi sungai pada waktu hujan lebat malangnya mereka hanyut dibawa arus sungai.




Zakir menerima berita kematian anak-anaknya, dalam kesedihan tersebut satu persatu rahsia yang disembunyikan anak-anaknya selama ini terbongkar.




Siksa Neraka menunjukkan anak-anak Zakir menerima hukuman dan balasan di dalam neraka atas dosa-dosa mereka.


Jalan cerita sangat simple dan slow, watak Saleh tu boleh dikembangkan lagi sebab dia anak kebanggaan Zakir padahal dia banyak berdosa dan tahu rahsia Fajar dan Azizah tapi menggalakkan lagi adik-adiknya untuk melakukan dosa bukannya ajak bertaubat.


Filem ini banyak pengajaran tentang bapa yang memilih kasih dan terlalu tegas dalam didikan agama tanpa mempedulikan perasaan dan minat anak-anak.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

1 May 2024

Jenama Zoe Arissa Teruk?

 Assalamualaikum readers


Jenama Zoe Arissa Teruk? | Selamat hari pekerja buat semua pembaca. Entri bab review perangai peniaga-peniaga ni paling tak suka tapi kalau tak share, nanti ada yang terkena kesian pulak. Mostly time raya, ramailah yang google cari seller problem, link blog auto naik.


Material kain macam polyester, jenis licin.

Nampak seluar pendek dan ketat. Takkan nak pakai kat rumah depan bapak mertua pulak.

Nama pun free size mestilah tak ada pilihan untuk pilih size.



Nina bukanlah jenis suka shopping pakaian di TikTok sebab takut salah sizing nanti susah end up benda tu jadi pada diri sendiri jugak. Masa ni masih kerja dengan Flash Express, kononnya beli nanti terus unbagging parcel dari guni tapi tidak, courier J&T ya. First time beli brand ZA ni. Ingatkan free size rupanya size S!! 😤




Tak tau lah sapa kena pi sekolah balik. Malas nak layan baik sedekahkan seluar tu.

Promote baju raya ye Nana. 


Nasib lah harga RM 20 include shipping, boleh pejam mata lagi. Bila massage peniaga, dia tetap nak menang kononnya dah pos dengan sizing yang betoi plus before raya boleh massage promote baju raya. Hang ingat orang nak beli lagi? Boleh sama geng dengan Leeyanarahman, Elrah dan Bulan Bintang. Jadi peniaga ni tolong jujur dan buat customer tu sebagai kawan, kalau servis ok, orang akan continue beli.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com