Assalamualaikum readers
Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick | Finally jumpa mask yang jenis stick! Kecik dan mudah dipakai. Mask skintific ini ada 2 jenis, untuk pores dan jerawat. Jadi untuk kulit muka Nina yang tak ada jerawat boleh guna yang ini. Menarik betul siapa yang cipta clay stick macam deodorant.
![]() |
Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick - RM 26.40 |
Skintific Alaska Volcano ni sesuai untuk kulit yang ada pori besar, blackhead dan whithead kecuali berjerawat. Tekstur clay mask ini agak lembut dan disapu ke wajah. Ia tidak terlalu pekat atau cair. Bau mask ini agak seperti tanah liat tapi tidak menusuk ke hidung.
![]() |
Guna dari 28 April, 2 kali seminggu dan bilas guna ait suam, mask boleh tahan selama 6 atau 7 bulan penggunaan. |
Apabila disapu ke wajah, clay mask ini rasa sejuk. Ia tidak menyebabkan iritasi atau rasa pedih pada kulit. Selepas guna, kulit terasa lebih segar dan bersih. Mask ini berjaya menyerap minyak berlebihan di T-zone, pori-pori di kawasan hidung dan pipi kelihatan lebih kecil. Sangat recommended dan mesra travel.
kena hati2 tu kalau tak tersapu kat ketiak pula ;-)
ReplyDeleteakan mengeras tak lepas tu? berapa lama?
ReplyDeleteKena cuba nih lps habis yg sedia ada... =)
ReplyDeleterajin betul review..
ReplyDeleteCCL pun ada juga pori-pori terbuka . Mybe nak cuba clay mask ni ..
ReplyDelete